Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Guru...



PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU
Y.A.B. TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Assalamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.
Saban tahun kita menyambut Hari Guru pada tarikh 16 Mei. Pemilihan tarikh ini adalah sempena penerimaan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1956. Laporan ini kemudiannya dikenali sebagai Laporan Penyata Razak.

Tema sambutan yang dipilih bagi tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa, sesuai dengan peranan guru sepanjang masa; sebagaimana pernah diungkapkan oleh Sasterawan Negara kita, allahyarham Usman Awang:
Jika hari ini…
Seorang Perdana Menteri yang berkuasa,
Seorang Raja yang menaiki takhta,
Seorang Ulama’ yang mulia,
Seorang Peguam menang bicara,
Seorang penulis terkemuka,
Siapa saja yang menjadi dewasa,
Sejarah mereka dimulakan oleh seorang guru biasa dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Apa yang penting untuk dihayati daripada sejarah Hari Guru dan tema sambutan yang telah dipilih untuk tahun ini ialah sebagaimana yang pernah tertera pada Perenggan 12 Laporan Penyata Razak iaitu “tujuan dasar pelajaran ini bermaksud untuk menyatukan pelajar pelbagai bangsa di negara ini…”.

Setiap manusia itu semuanya dilahirkan dengan potensi dan inilah yang diusahakan setiap guru tanpa mengira kaum, pangkat, harta dan pegangan agama. Kualiti pendidikan adalah jalan terbaik mengangkat kemuliaan insan dan kepada para guru kita sandarkan harapan untuk membina generasi semasa dan akan datang yang lebih baik.

Kita berada di zaman yang cukup mencabar tetapi kita tidak akan mengalah. Cabaran yang hadir hanya menguatkan tekad kita untuk memberikan yang terbaik. Di Selangor, kita telah berusaha dengan segala keterbatasan yang ada untuk memberi bantuan pendidikan kepada semua dengan tumpuan khas kepada mereka yang kurang berkemampuan. Pada tahun 2009, selain daripada sumbangan lebih RM 15 juta kepada sekolah pelbagai aliran, puluhan juta lagi disalurkan melalui pelbagai program misalnya Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor yang dibuat baru-baru ini, latihan pendidikan dan kemahiran. Selangor akan terus meningkatkan usaha mendorong kesuburan persekitaran pendidikan.

Marilah kita bersama mengucapkan penghargaan kepada para guru untuk segala jasa-baik mereka. Ingatlah bahawa “berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi”. Hormatilah guru sebagai sebahagian adab menuntut ilmu.
Selamat Hari Guru. Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Friday, March 19, 2010

Pesta Buka Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC



Semalam (Jumaat 19 Mac 2010) saya dan keluarga sempat singgah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC .

Sempena cuti sekolah, saya telah mengambil cuti untuk membawa keluarga ke sana disamping persepsi saya bahawa kurang pengunjung berbandin hari Sabtu dan Ahad. Tapi nampaknya tanggapan saya salah. Sesampai di sana sekitar pukul 10 pagi, parking pun telah penuh sesak. Sesampai di dalam PWTC, hanya kepala manusia yang boleh dilihat dicelah-celah buku yang dipamerkan. Disebabkan saya membawak "sekapal", maka hanya gerai-gerai yang telah dikenalpasti lebih awal sahaja yang dapat disinggah seperti gerai PTS (Tag: Saya telah di PTSkan), True Wealth (Aziz Ali), Karangkraf, gerai PINK Ain Maisara dsb.

Pelbagai jenis buku boleh diperolehi seperti buku-buku bersaiz besar dan yang mengeluarkan bunyi. Genre yang dipamerkan juga mecakupi semua peringkat umur dari kanak-kanak hinggakan orang dewasa. Malangnya seperti tahun-tahun sebelumnya, perkara yang tidak disukai saya adalah strategi pemasaran agresif oleh syarikat seperti Grolier. Bagi saya syarikat ini mengganggu pengunjung dan terlalu banyak kawasan yang dikuasai mereka. Ini menyebabkan pengunjung seperti saya rasa tidak selesa dan terlepas beberapa gerai yang berdekatan dengan kawasan mereka.

Tetapi secara keseluruhan, ianya amat menarik untuk dikunjungi terutama bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak. Bagi yang belum berkesampatan lagi, mungkin boleh pergi semasa hari bekerja sebab ia akan dibuka hingga Ahad depan.

Selamat berpesta.

Di gerai PTS


Pengunjung PTS boleh dapatkan bantuan daripada 'koboi-koboi' PTS.


Antara genre yang menjadi pilihan saya.


Nak masa apa hari ini? Apa perbagai pilihan disini. Tapi kena masak sendiri.


PTS Islamika


Jom jadi jutawan!


Novel remaja yang mendapat suntikan Islam oleh PTS


Komik yang menjana imiginasi anak-anak.





Di gerai Karangkraft


Dinding Krangkraf yang amat menarik dan ceria.


Majalah keluaran Karangkraft






Gerai Pink @ Ain Maisara


Penulis prolifik PTS, Ain Maisara mempunyai gerainya tersendiri. Gerai PINK Ain Maisara. Menarik minat anak perempuan saya.


Hadiah dan buku di gerai PINK.


Antara buku tulisan Ain Maisara.


Set box limited edition bagi yang membeli RM50 dan ke atas.


Ain Maisara (kiri) dan penulis bersama.

Hasil Tangkapan


Beg PTS.. dah 10 tahun PTS. Diharap terus berkembang.


Tangkapan ibu dan ayah.


Tangkapan anak-anak.


Koleksi ibu.


Bacaan ayah.


Dari gerai Ain Maisara.


Novel tulisan Ain Maisara yang dibeli.

Oleh Khai@BSP.