Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Sekolah Kebangsaan buka semula Jumaat 17 September.

INFORMASI TERKINI : Kami baru mendapat maklumat dari pihak PPD bahawa cuti berganti slps raya dari 13/9 hingga 15/9 dan 16/9 pula cuti penubuhan M'sia. Sekolah akan dibuka semula pada Jumaat 17/9. UPSR akan bermula 21/9 hingga 23/9. Surat telah diedarkan hari ini. Sekolah ganti akan diadakan pada Sabtu ini 21/9. Sekolah ganti akan mengikut jadual hari Rabu. Harap Maklum. Kami baru aje menerima arahan ini pada 19/8/10.

Thursday, August 5, 2010

Menjelaskan Yuran Pelbagai 2010


Gambar Hiasan

Pihak PIBG dimaklumkan masih terdapat ibubapa yang masih belum menjelaskan yuran pelbagai anak masing-masing bagi tahun 2010.

Yuran pelbagai ini boleh dijelaskan kepada guru kelas anak masing-masing secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang tindakan dikenakan kepada sekolah oleh pihak kementerian.

Yuran pelbagai tersebut adalah berjumlah RM37.50 dan ianya adalah berbeza daripada yuran PIBG.

Harap mendapat kerjasama daripada semua ibubapa.

===============

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi pihak PIBG SK-BSP


(SK-BSP) Sekolah Tiada Kuasa Penempatan Tahun 1 2011

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs256.ash1/18347_232784818116_795508116_3109799_3286448_n.jpg

Dalam mesyuarat PIBG baru ini, dimaklumkan sekolah memang tidak mempunyai sebarang kuasa dalam pemilihan penempatan pelajar 2011. Semuanya terletak di tangan PPD. Info yg diterima dari PPD ada yang tidak benar kerana bertanya bukan pada orang yang dipertanggungjawabkan. Sila salurkan pertanyaan ada kepada pegawai PPD En. Mohamad Fadzli Abu Bakar (Penyelia Bahagian Sekolah Rendah) di talian 03-87381100.

Pada masa yang sama, PIBG akan menulis surat kepada PPD untuk minta penerangan berkenaan penempatan tersebut dan akan cuba mengadakan pertemuan dua hala antara PPD dan ibubapa jika diperkenankan. Harap ianya membantu.

===============

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi pihak PIBG SK-BSP


Tuesday, July 20, 2010

Proses Rawatan diteruskan HARI INI dan ESOK

Alhamdulillah, proses rawatan semalam telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran yang baik dari ibubapa dan penduduk sekitar. Terima kasih diucapkan dari pihak PIBG. Juga terima kasih kepada semua penderma. Semoga tuan-tuan dimurahkan rezeki.

Proses rawatan semalam perlu dilakukan 3 hari berturut-turut. Insya-Allah malam ini dan esok, akan diadakan di dewan seperti semalam. Tetapi ianya dijangkakan lebih singkat tanpa kehadiran wakil dari Darussyifa'. Majlis akan bermula dengan azan Maghrib dan diteruskan dengan proses rawatan. Kemudian akan solat Maghrib dan seterusnya bersurai. Harap ramai dapat meluangkan masa.

Monday, July 19, 2010

Penduduk diminta bertenang

PIBG menerima pelbagai maklumat sama ada daripada dalam talian, sms atau dari mulut ke mulut. Pelbagai maklumat dan amalan yang disebarkan. Juga diminta jangan keluar rumah. Perkara ini TIDAK BETUL dan tidak pernah dibncangkan dalam mesyuarat. TIDAK ada amalan meletakkan garam dan lada hitam dipintu. TIADA larangan keluar rumah untuk lakukan aktiviti harian.

Di sini, PIBG ingin memaklumkan bahawa rawatan yang akan di adakan adalah proses biasa dilakukan dan penduduk tidak perlu panik. Aktiviti seharian boleh diteruskan tanpa sebarang sekatan. Minta jangan disebarkan maklumat yang tidak betul ini.

Sekian.

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi Pihak PIBG SK-BSP

Sunday, July 4, 2010

Hari Ambil Buku Laporan SK-BSP dan SRA-BSP: 5 Julai (ESOK)


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs236.snc3/22369_279468860788_182228500788_3294335_1664072_n.jpg

Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP)


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs053.ash2/36015_407275698862_179473523862_4501560_1590195_n.jpg

Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRA-BSP)


Tarikh Ambil Buku Laporan bagi kedua-dua sekolah (SK-BSP dan SRA-BSP) yang sepatutnya diadakan pada tarikh lain tetapi telah ditunda kepada ESOK Isnin, 5 Julai bagi memudahkan ibubapa anak-anak yang bersekolah di kedua-dua sekolah ini. Majlis tersebut akan dijalankan mengikut sesi pembelajaran anak masing-masing.

Berkaitan dengan itu, bagi pihak PIBG (SK-BSP dan SRA-BSP), kami berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat meletakkan kenderaan anda dengan teratur dan pastikan ianya tidak mengganggu kelancaran lalu-lintas dan juga tidak menghalang perjalanan orang lain terutama warga Putra Tropika dan Acacia yang terletak berhampiran SK-BSP.

Bagi yang duduk berdekatan, diharap dapat berjalan kaki sahaja. Manakala yang duduk sedikit jauh, diharap dapat berkongsi kereta untuk mengelak kesesakan. Jika keadaan terlalu sesak di kawasan berdekatan sekolah, diharap ibubapa dapat berkorban dengan meletakkan kenderaan jauh daripada sekolah.

Disamping itu, pihak PIBG juga berharap ibubapa dapat menjaga emosi masing-masing agar perkara tidak diingani berlaku. Serta dalam perbincangan dengan guru, diharap dapat juga melihat sekeliling. Sekiranya terdapat ramai ibubapa yang menunggu, diharap dapat menfokuskan perbincangan kepada isu anak masing-masing serta sebolehnya memendekkan perbincangan. Bagaimanapun, sebaliknya jika tiada ibubapa lain yang menunggu, gunakan kesempatan yang jarang diperolehi ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan anak, guru dan sekolah.

Ibubapa yang hadir juga diharap dapat menjaga barang milik mereka agar tiada kes kehilangan dompet, beg tangan dan sebagainya. Ini kerana dalam keadaan ramai sebegini, akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kelekaan kita.

Akhir kata, diharap ibubapa dapat menggunakan logik dan budibicara masing-masing agar majlis esok dapat berjalan dengan lanjar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selamat berdiskusi.

-Khai@BSP-

http://khaiatbsp.blogspot.com/

Wednesday, June 2, 2010

Memohon Sumbangan Ikhlas Sempena Program Sayangi Al-Quran

Salam,

Pihak sekolah berharap agar ibubapa dapat saya menyumbang dan menyokong program ini.


Friday, May 28, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

Buat pertama kalinya SKBSP menyambut perayaan Hari Guru. Sambutan meriah menghargai guru-guru di sekolah telahpun berlangsung pada 20 Mei 2010 bertempat di dewan sekolah. Pelbagai acara telah berlangsung dan dijayakan dengan meriah sekali. Untuk semua guru-guru "Selamat Menyambut Hari Guru".
sebahagian persembahan pada hari berkenaan

Friday, April 23, 2010

Buletin 3/2010 SKBSP

Buletin 3/2010 SKBSP dalam format pdf dikepilkan.




Monday, March 15, 2010

Pendaftaran pelajar Tahun 1 di SK BSP sesi 2011 & 2012 secara online...

---------- Forwarded message ----------

via Bandar Seri Putra by Khai@BSP on 3/3/10

Sumber: http://mahkota5. blogspot. com/2010/ 03/pendaftaran- pelajar-tahun- 1-di-sk-bsp. html



Assalamualaikum,

Pendaftaran pelajar tahun 1 di SK Bdr seri putra untuk sesi 2011 & 2012 boleh dibuat secara online mulai 1 Mac 2010 sehingga 30 April 2010.

Daftar disini :

Maklumat lanjut sepertimana berikut:



Contoh borang yang diisi:

2.0 Maklumat Anak
2.1 Nama Penuh
Sila isi nama penuh anda (HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan. Jika nama anda melebihi 40 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai.

*Contoh : MOHAMED ZULKARNAIN B MOHAMED MUSTAPHA ABDULLAH

*Nota: Maklumat ini boleh dipinda.

2.2 Nombor Kad Pengenalan/ No Surat Beranak

No. Kad Pengenalan/ No Surat Beranak akan digunakan sebagai ID Murid apabila membuat semakan atau pengemaskinian


3.0 Alamat
3.1 Alamat Tempat

Sila masukkan alamat surat mesyurat bagi memudahkan proses hubungan. Jika ruang tidak mencukupi, gunakan huruf-huruf ringkas.
Selangor Darul Ehsan
Contoh :
39, JLN KLANG BANTING,

42500 TELOK PANGLIMA GARANG,
SELANGOR

3.2 Nombor Telefon
Sila masukkan nombor telefon ( rumah/pejabat/ handset ) dalam ruang berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

Contoh : 013 - 3526656 Contoh : 03 - 22656636

Jadikan : 0133526656 Jadikan : 0322656636


Disediakan oleh:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota