Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Showing posts with label Lalulintas. Show all posts
Showing posts with label Lalulintas. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Artikel: Murid-murid selamat ketika melintas jalan


Mahmud Shahruddin Mustaffa (tengah) memperkatakan sesuatu kepada salah seorang warden trafik sekolah yang lengkap berpakaian keselamatan yang disediakan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Perlis ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Bohor Mali, Simpang Empat Perlis, baru-baru ini.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0217&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm

KANGAR 16 Feb. - Khidmat warden trafik sekolah yang membantu murid-murid melintas jalan secara selamat dan terkawal ketika waktu puncak di hadapan sekolah, cukup disanjungi oleh ibu bapa sendiri.
Tiga waktu puncak lalu lintas sibuk bagi jalan-jalan utama yang dimaksudkan itu ialah sebelah pagi, tengah hari dan petang.
Rata-rata ibu bapa menganggap langkah pihak sekolah menyediakan khidmat warden trafik sebagai satu tindakan bijak bagi menjaga keselamatan murid-murid ketika melintas jalan.
Seorang waris pelajar, Asmawati Ramly, 36, berharap khidmat tersebut dapat diteruskan kerana ia lebih meyakinkan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak sewaktu melintas jalan di hadapan sekolah.
"Kita sedia maklum tidak semua pengguna jalan raya berdisiplin, terutama ketika memandu di hadapan sekolah kerana mereka mengejar waktu dan sesetengahnya lebih mengutamakan diri.
"Apabila ada khidmat warden trafik yang menolong murid-murid melintas, ibu bapa lebih yakin terhadap keselamatan anak-anak mereka ketika menyeberangi jalan," ujar ibu kepada dua anak itu.
Che Puan Ismail, 42, turut menghargai semua pihak yang menyediakan khidmat warden trafik sekolah di negeri ini sejak beberapa tahun lalu sambil berharap para pengguna jalan raya dapat mematuhi arahan warden terlibat.
"Semua pengguna perlu mematuhi pandu arah warden trafik itu. Ia bukannya lama dan susah untuk memberhentikan kenderaan bagi membolehkan murid-murid melintas di hadapan sekolah," ujarnya.
Ibu kepada dua anak itu juga bersetuju jika individu yang enggan memberhentikan kenderaan sehingga membahayakan murid ketika melintas dikenakan tindakan saman lalu lintas.
Zakaria Sudin, 62, turut menganggap khidmat warden trafik sesuai dengan tuntutan semasa, terutama bagi sekolah-sekolah yang terletak di tepi jalan-jalan utama.
"Warden trafik penting untuk keselamatan murid kerana kenderaan kian banyak. Berbeza dengan zaman saya ke sekolah dulu. Maklumlah ketika itu zaman berbasikal," ujarnya ketika ditemui sewaktu menunggu untuk mengambil cucunya pulang dari Sekolah Kebangsaan Behor Mali di sini.
Said Jusoh, 65, yang sependapat dengan Zakaria, mahu khidmat warden trafik diperluaskan ke setiap sekolah yang terletak di tepi jalan dari semasa ke semasa.
"Buat masa kini, warden trafik cuma ada di sekolah-sekolah yang terletak bersebelahan jalan-jalan utama. Kalau boleh, setiap sekolah mempunyai kemudahan tersebut.
"Warden trafik pula kenalah memakai pakaian seragam yang dibekalkan oleh JKJR agar mereka lebih dihormati oleh para pengguna jalan raya itu sendiri," ujarnya.