Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Showing posts with label Bacaan Yassin. Show all posts
Showing posts with label Bacaan Yassin. Show all posts

Thursday, September 16, 2010

Tahun 6: Bacaan Yassin & Solat Hajat Perdana

Insya-Allah malam ini akan berlangsung majlis bacaan yassin dan solat hajat perdana di Surau As-Syakirin untuk anak-anak Tahun 6 SK-BSP. Diharap ramai yang akan turut serta.


Tahun 6: Bacaan Yassin & Solat Hajat Perdana

Fri, September 17, 7:00pm – 9:45pm
WhereSurau As-Syakirin, Bandar Seri Putra.map

Saturday, September 4, 2010

SK-BSP: Solat Hajat & Jadual UPSR

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR
Hari : Jumaat malam Sabtu
Tarikh : 17 September 2010
Tempat : Surau As-Syakirin, Bandar Seri Putra.
Waktu : 7.00 - 9.45 malam.

Jadual UPSR 2010

Selasa (21/9)

BM (pemahaman )
BM (penulisan)
Mathematics (Paper 2)
* Balik (1.10)


Rabu (22/9)


Mathematics (Paper 1)
* Balik (1.10)

Khamis (23/9)

Science
BI ( paper 1)
BI ( paper 2) - Sessi tamat (1.10)
Ujian Aptitud - 2.30 -3.45 petang.
* Murid tidak dibenarkan balik

Dipetik daripada: http://www.facebook.com/pages/SK-Bandar-Seri-Putra/182228500788

Wednesday, July 21, 2010

Rentetan Rawatan Sekolah - Siri ke-3 Malam ini

Terima kasih kepada yang hadir sama dalam proses pemulihan sekolah semalam (hari ke-2). Insya-Allah hari ini akan dilakukan bagi kali ke-3. Majlis akan bermula dengan azan Maghrib dan diteruskan dengan proses rawatan. Harap lebih ramai dapat turut serta untuk mempercepatkan proses yang menunjukkan yang kita bersatu hati untuk membantu sekolah dan seterusnya membantu anak-anak kita.

-Dipetik daripada FB SK-BSP

Tuesday, July 20, 2010

Rakaman visual Majlis Rawatan semalam


Monday, July 19, 2010

Marilah Beramai-ramai Hadir Majlis di SK-BSP MALAM INI

Assalammualaikum.

Berkaitan dengan Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan malam ini, pihak PIBG telah diminta untuk menyediakan beberapa perkara oleh perawat (Darussyifa'). Berikut adalah perkara yang perlu disediakan:
  • Air Mineral (20 karton)
  • Garam (3 guni)
  • Lada hitam (15kg)
  • Badli dan gayung untuk agihkan barang di atas.
Bagi meringankan kewangan PIBG, ibubapa yang ingin menyumbang, boleh juga memberi sumbangan dalam bentuk kewangan.

Manakala, bagi keperluan baldi dan gayung, diharap ibubapa atau penduduk setempat dapat membawa baldi dan gayung rumah masing-masing.
Sebaiknya badli dan gayung itu ditanda dan dapat diserahkan kepada PIBG sebelum 7.00 malam.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada YDP PIBG, Ustaz Rozi 019-3582173 atau Ketua PAKSI, En Arzok 012-2195909.

Manakala, mungkin ada yang tertanya-tanya persediaan individu yang hadir atau yang tidak dapat bersama. Saya sertakan beberapa perkara yang boleh di sediakan untuk makluman semua.

Untuk yang turut hadir:
  • Diharap dapat hadir sebelum solat Maghrib
  • Kenderaan hendaklah diletakkan di padang sekolah. Ini untuk mengelakkan kesesakan.
  • Digalakkan memakai penutup kepada seperti songkok, kopiah dsb.
  • Sila bawa sejadah dan surah yassin untuk kegunaan sendiri
  • Digalakkan membawa payung. Ini sebagai persediaan jika hujan.
  • Air mineral, garam kasar (bukan garam bukit), dan lada hitam. Ini untuk kegunaan sendiri di kemudian hari.
  • Membantu PIBG dalam penyediaan barangan rawatan seperti menampung air dalam badli serta memenuhkan baldi dengan garam dan lada hitam yang disediakan PIBG
  • Turut sama dalam proses rawatan
  • Jika ada sebarang kemusykilan, jangan malu bertanya.
  • Tawakal kepada Allah sebagai satu-satunya tempat kita bergantung.
Untuk yang tidak dapat hadir:
  • Digalakkan membaca ayat Al-Quran atau sekurang-kurangnya amalkan ayat Kursi dan 4 Qul.
Sekali lagi PIBG menyeru ibubapa dan penduduk setempat dapat hadir sama meluangkan masa dan tenaga agar anak-anak kita selesa di sekolah seterusnya dapat memperolehi keputusan cemerlang seperti yang ibubapa idamkan.

Ini hanya sedikit usaha kita dan kepada Nya kita berserah.

Sekian.

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi Pihak PIBG SK-BSP

Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan di SK-BSP 7.00 MALAM INI

Assalammualaikum,

Bagai pihak PIBG, kami ingin mengingatkan berkenaan Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan yang akan diadakan di SK-BSP malam ini.

Berikut adalah aturcara malam ini:

7.00 malam - Ketibaan
Solat Maghrib
Taklimat oleh Darussyifa'
Solat Hajat
Bacaan Yasin
Zikir
Solat Isya'
Persediaan
Rawatan
Bersurai

PIBG memohon komitmen ibubapa dan penduduk setempat untuk turut hadir bagi meramaikan majlis seterusnya membantu proses rawatan.

===============

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi pihak PIBG SK-BSP


--> Email berkaitan:

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs089.snc4/35822_413418550788_182228500788_4416745_6850713_n.jpg

Assalammualaikum.

Dengan hormatnya tuan/puan/Dato'/Datin dijemput hadir ke Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra untuk Majlis Bacaan Yassin bagi tujuan rawatan.
Berikut adalah maklumat berkaitan majlis tersebut:

Tajuk: Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan
Tempat: Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra
Masa: Solat Maghrib di surau sekolah
Tarikh: 20 Julai 2010

Semua warga Putra-Mahkota (BSP, BM dan TIP) dijemput hadir dengan membawa sejadah sendiri.
Manakala, bagi yang ingin menggunakan kaedah rawatan yang akan diamalkan,
bolehlah membawa bekalan sendiri seperti Air Meneral, Garam dan Lada Hitam.

Sekian dimaklumkan,
Bagi Pihak Sekolah dan PIBG

Wednesday, July 14, 2010

Taklimat Khas bagi "Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan", ESOK 15 Julai, 8.15 malam

Assalammualaikum.

Bagi pihak sekolah dan PIBG, kami ingin menjemput wakil penduduk / warga BSP, BM dan TIP untuk turut hadir taklimat khas yang akan diadakan oleh PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP). Taklimat tersebut bertujuan untuk memaklumkan masyarakat serta membincangkan pelan tindakan "Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan" yang dianjurkan oleh sekolah dan PIBG pada 20 Julai 2010 (Selasa bermula solat Maghrib di sekolah). Berikut adalah perinciannya:

Perkara: Taklimat Khas SK-BSP
Tarikh: 15 Julai 2010
Masa: 8.15 malam
Tempat: Bilik mesyuarat SK-BSP

Tolong sebarkan kepada wakil penduduk /warga BSP, BM dan TIP yang lain.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan YDP PIBG, Ustaz Rozi 019-3582173 atau Ketua PAKSI, En Arzok 012-2195909.

Sekian, harap maklum.

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi Pihak PIBG SK-BSP

Thursday, July 8, 2010

Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan di SK-BSP (20 Julai, Maghrib)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs089.snc4/35822_413418550788_182228500788_4416745_6850713_n.jpg

Assalammualaikum.

Dengan hormatnya tuan/puan/Dato'/Datin dijemput hadir ke Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra untuk Majlis Bacaan Yassin bagi tujuan rawatan.
Berikut adalah maklumat berkaitan majlis tersebut:

Tajuk: Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan
Tempat: Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra
Masa: Solat Maghrib di surau sekolah
Tarikh: 20 Julai 2010

Semua warga Putra-Mahkota (BSP, BM dan TIP) dijemput hadir dengan membawa sejadah sendiri.
Manakala, bagi yang ingin menggunakan kaedah rawatan yang akan diamalkan,
bolehlah membawa bekalan sendiri seperti Air Meneral, Garam dan Lada Hitam.

Sekian dimaklumkan,
Bagi Pihak Sekolah dan PIBG