Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts
Showing posts with label Peperiksaan. Show all posts

Monday, September 20, 2010

UPSR 2010: Selamat Menduduki Peperiksaan

Salam.

Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan Selamat Berjaya Dan Cemerlang kepada semua anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR yang bermula esok.

Sebagai ibubapa marilah kita iringin mereka hingga ke dewan peperiksaan dengan doa dan harapan agar mereka mampu mencapai keputusan yang diharapkan.

Ironisnya bagi murid-murid SKBSP ialah inilah peperiksaan UPSR pertama dan mungkin terakhir, jika peperiksaan ini dimansuhkan tahun hadapan.

Kepada murid-murid, guru-guru dan ibubapa selamat berjaya. Jika kita mengharapkan yang baik dan berusaha dengan baik, insya-Allah yang baik yang bakal kita dapat.

Terima kasih.

Arzock Nassar
Ketua PAKSI

Sunday, September 19, 2010

UPSR 2010...................

Dipetik daripada blog Bandar Seri Putra

Selamat menduduki UPSR kepada semua calon UPSR.

UPSR 2010...................

20Sep2010



InsyAllah esok 21hb.Sept 2010 (hari Selasa) akan bermula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid-murid tahun Enam (6) seluruh Malaysia. Bagi Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SKBSP) tahun ini adalah kali pertama UPSR akan dijalankan.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar anak-anak kita tenang apabila menjawab soalan-soalan peperiksaan dan semuga mendapat keputusan yang cemerlang nanti.

SELAMAT MENDUDUKI UPSR ANAK-ANAKKU

Tuesday, August 17, 2010

Ujian bulan Ogos dan peperiksaan percubaan UPSR Daerah HL, pada 23 hingga 25 Ogos.

Ujian bulan Ogos dan peperiksaan percubaan UPSR Daerah HL, pada 23 hingga 25 Ogos.

Makluman lisan telah diberi sejak Isnin dan makluman bertulis akan diedarkan esok.

Murid-murid diharap dapat bersedia.


Isnin (23/8) BM (PM) / BM(Pn) / Math 2
Selasa (24/8) Math 1 / Pend. Agama Islam
Rabu (25/8) Science / BI (P.1) / BI (P.2...)


6 Subjek sahaja akan dinilai. -CG-


Wednesday, August 11, 2010

Analisa peperiksaan percubaan UPSR 2010.

Analisa peperiksaan percubaan UPSR 2010.

Peratus keseluruhan 72.3 (peningkatan 7.8%).

BM pemahaman 97.8%, BM penulisan 94.5%, BI 85.1%, Math 81.2% dan Sains (82.2%).

Alhamdulillah. keputusan meningkat, namun begitu, guru-guru masih menggandakan usaha agar keputusan UPSR sebenar lagi hebat.

-CG-

Dipetik daripada Facebook SK-BSP

Sunday, July 4, 2010

Hari Ambil Buku Laporan SK-BSP dan SRA-BSP: 5 Julai (ESOK)


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs236.snc3/22369_279468860788_182228500788_3294335_1664072_n.jpg

Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP)


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs053.ash2/36015_407275698862_179473523862_4501560_1590195_n.jpg

Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRA-BSP)


Tarikh Ambil Buku Laporan bagi kedua-dua sekolah (SK-BSP dan SRA-BSP) yang sepatutnya diadakan pada tarikh lain tetapi telah ditunda kepada ESOK Isnin, 5 Julai bagi memudahkan ibubapa anak-anak yang bersekolah di kedua-dua sekolah ini. Majlis tersebut akan dijalankan mengikut sesi pembelajaran anak masing-masing.

Berkaitan dengan itu, bagi pihak PIBG (SK-BSP dan SRA-BSP), kami berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat meletakkan kenderaan anda dengan teratur dan pastikan ianya tidak mengganggu kelancaran lalu-lintas dan juga tidak menghalang perjalanan orang lain terutama warga Putra Tropika dan Acacia yang terletak berhampiran SK-BSP.

Bagi yang duduk berdekatan, diharap dapat berjalan kaki sahaja. Manakala yang duduk sedikit jauh, diharap dapat berkongsi kereta untuk mengelak kesesakan. Jika keadaan terlalu sesak di kawasan berdekatan sekolah, diharap ibubapa dapat berkorban dengan meletakkan kenderaan jauh daripada sekolah.

Disamping itu, pihak PIBG juga berharap ibubapa dapat menjaga emosi masing-masing agar perkara tidak diingani berlaku. Serta dalam perbincangan dengan guru, diharap dapat juga melihat sekeliling. Sekiranya terdapat ramai ibubapa yang menunggu, diharap dapat menfokuskan perbincangan kepada isu anak masing-masing serta sebolehnya memendekkan perbincangan. Bagaimanapun, sebaliknya jika tiada ibubapa lain yang menunggu, gunakan kesempatan yang jarang diperolehi ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan anak, guru dan sekolah.

Ibubapa yang hadir juga diharap dapat menjaga barang milik mereka agar tiada kes kehilangan dompet, beg tangan dan sebagainya. Ini kerana dalam keadaan ramai sebegini, akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kelekaan kita.

Akhir kata, diharap ibubapa dapat menggunakan logik dan budibicara masing-masing agar majlis esok dapat berjalan dengan lanjar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selamat berdiskusi.

-Khai@BSP-

http://khaiatbsp.blogspot.com/

Tuesday, June 1, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan

Peperiksaan pertengahan tahun utk subjek teras (Tahun 1- 6)
Tue, June 1 – Thu, June 3


Bagi pihak PIBG, saya ingin mengucapkan kepada anak-anak semua "Selamat Menempuh Peperiksaan". Semoga apa yang kita usahakan semasa ulangkaji dapat membantu dalam dewan peperiksaan nanti.

Serta banyak-banyaklah berdoa semoga dipermudahkan oleh Nya.