Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Friday, March 15, 2013

INFO KESELAMATAN



---------- Forwarded message ----------
From: Norizan <nsizan@umland.com.my>

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.
 
MAKLUMAT MENGENAI JENAYAH.
 
INFO DITERIMA DARIPADA PIHAK POLIS MEMBERITAHU BERJAGA-JAGA DENGAN KEHADIRAN PENJENAYAH BANGSA CINA/MELAYU
MENAIKI KERETA MEWAH SEPERTI TOYOTA CAMRY.  MODUS OPERANDI MEREKA MELAKUKAN SAMUN KE ATAS RUMAH-RUMAH YANG
PINTU/PAGAR RUMAH TERBUKA.  MASA DIANTARA JAM 0600 - 1000 PAGI.
 
SEMUA PENDUDUK DIINGATKAN SENTIASA BERJAGA-JAGA SEBILANG MASA DAN MEMERHATI PERKARA-PERKARA YANG MENCURIGAKAN. LAPOR SEGERA KEPADA 03-89258222 (BALAI POLIS BANGI, BANDAR SERI PUTRA) atau 03-89114222 (IPD Kajang).
 
MAKLUM DAN HEBAHKAN KEPADA SEMUA KOMUNITI.
 
WASSALAM.
 
NORIZAN BIN HJ SULAIMAN
BHD
 
 


Saturday, March 9, 2013

Rakaman Mesuarat Agung PIBG SKBSP semalam

Sunday, February 24, 2013

Pusing kereta sebelum bergerak. Anda mampu menyelamat nyawa.

Inline images 1

Proses yang mudah yang mungkin menyelamatkan nyawa.

https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnRFFoYk82d21JblE/edit?usp=sharing

Friday, February 22, 2013

Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013



Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013 (HKBSP'13) merangkumkan tiga acara utama Kayuhan Amal, acara sukaneka (SUKANEKA BSP 2013) dan pertandingan mewarna. Antara lain hari keluarga ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk Bandar Seri Putra (serta kawasan sekitarnya) serta bertujuan memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat Bandar Seri Putra yang kini dianggarkan berjumlah lebih kurang 30,000 orang.

Kayuhan Amal mengajak penduduk agar mengamalkan budaya sihat dengan berbasikal daripada lokasi utama ke semua surau di Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra. Program ini adalah juga serampang dua mata yang bertujuan untuk menambahkan kutipan pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra yang masih memerlukan sejumlah RM4.5 juta.

Manakala, program sukaneka cuba membawa penduduk untuk kembali ke sekolah mengimbau kembali zaman persekolahan. Pelbagai acara sukaneka yang pernah dimainkan semasa zaman persekolahan akan disenaraikan dan dimainkan oleh peserta dewasa. Disamping itu kategori remaja dan kanak-kanak akan juga dimuatkan.

Acara sampingan seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika dan cabutan bertuah akan turut diselitkan.

TARIKH: 16 MAC 2013 (SABTU)

MASA:7.00 pagi - 1.30 petang

TEMA DAN TEMPAT

KAYUHAN AMAL
TEMA : "BERKAYUH MENYUSURI SUNNAH RASULULLAH"
TEMPAT : BERMULA DI SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRABSP) DAN BEKAYUH KE SURAU-SURAU SEKITAR BANDAR SERI PUTRA DAN TAMAN IMPIAN PUTRA

SUKANEKA & MEWARNA
TEMA : "KEMBALI KE SEKOLAH"
TEMPAT : SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRABSP)

Monday, January 7, 2013

SKBSP: Membeli sambil menderma tabung PIBG SKBSP

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

PIBG SK Bandar Seri Putra dalam mengumpul dana untuk tabung pembangunan sekolah sedang mengadakan jualan kalendar SKBSP (yang memaparkan aktiviti SK sepanjang tahun), pelekat kenderaan (ala Fear Factor - SK sentiasa di hati), dan 2 jenis pelekat roadtax kenderaan.

Dapatkan kalendar SKBSP yang julung kali dibuat. Ia memaparkan perancangan aktiviti sekolah sepanjang tahun. Terdapat juga tarikh-tarikh penting seperti hari sukan, hari graduasi yang dihighlightkan dalam kalendar. Bagi muslimin-muslimat, waktu solat juga dipaparkan.

Manakala pelekat kenderaan ala-fear factor yang tertulis SK Bandar Seri Putra Sentiasa Dihati memang cantik dilekatkan dikenderaan anda. Anak-anak anda juga akan bangga kerana logo sekolah mereka dilekatkan dikenderaan anda.

Roadtax kenderaan juga memaparkan logo sekolah boleh digunakan untuk melindung roadtax anda.

Stiker road-tax ini ada tiga cara penggunaanya.
  • Cara pertama. Letakkan road-tax anda pada cermin dan tampal stiker ini dibelakangnya.
  • Cara kedua. Tampal stiker ini pada cermin dan kemudian roadtax ditampal dibelakangnya. Boleh tampal pelekat atau stiker lain untuk mengukuhkannya.
  • Cara ketiga: cari stiker lutsinar lain dan tampal pada cermin. Seterusnya tampal road-tax dibelakangnya. Manakala stiker ini ditampal pada lapaisan ketiga.
  • Cubalah. Ini mungkin mengemaskan lagi road-tax pada cermin kereta anda disamping anak anda berbangga kerana logo sekolah dia tertampal pada kereta anda.
  • ** Sebarang kerosakan atau kesan sampingan maklumat ini tidak akan ditanggung oleh pihak PIBG.

Inline images 1
CPSK01 - Harga kalendar "membeli sambil menderma" untuk tabung PIBG SKBSP adalah RM10.

Inline images 2
CPSK02 - Harga pelekat kenderaan "membeli sambil menderma" untuk tabung PIBG SKBSP adalah RM10.

Inline images 3

Inline images 4

CPSK03 - Harga pelekat roadtax "membeli sambil menderma" untuk tabung PIBG SKBSP adalah RM7.

Inline images 5

Inline images 6

CPSK04 - Harga pelekat roadtax "membeli sambil menderma" untuk tabung PIBG SKBSP adalah RM7.

Sebarang pertanyaan boleh email khai@bandarseriputra.com atau telefon 012-2655203.

Sekian terima kasih.

Bagi Pihak PIBG SKBSP




Wednesday, December 19, 2012

SKBSP: Gotong-Royong 25 Disember 2012 (Selasa)

Inline images 1

GOTONG-ROYONG

PIBG SK Bandar Seri Putra
25 Disember 2012 - 8.00 pagi
Mengecat | Mencuci | Membersih | Menceriakan
Bilik darjah | Bilik Air | Kaki lima | Persekitaran Sekolah
Untuk keselesaan anak-anak kita

Ibubapa dan anak-anak semua dijemput menyertainya.

Sunday, December 9, 2012

SKBSP: Senarai Buku Sekolah 2013


Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6

Klik pada gambar untuk pembesaran dan juga boleh dilihat di FB ini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151281894800789.489798.182228500788&type=1