Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Showing posts with label Aktiviti Setempat. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Setempat. Show all posts

Monday, May 3, 2010

[Terkini] Ustaz Hasrizal aka Saiful Islam di BSP

From: Vivi Surianee Shahrain <vivisurianee@gmail.com>
 

Assalamualaikum wbk

TQ banyak-banyak sebab tolong promotekan program Al-Fatih seperti saya minta tolong...
Ini merupakan salah satu program keibubapaan yang Tadika Al-Fatih memang anjurkan setiap tahun..
Khas dan special untuk parents Al-Fatih,  tapi kami buka untuk parents lain juga, dengan niat untuk menyebarkan ilmu dan berkongsi pahala insya-Allah...

kiranya kos yang telah kami kutip sebagai yuran program parenting semasa pendaftaran anak di Tadika Al-Fatih, semua parents dapat pahala sedekah berkongsi ilmu dengan orang lain...walaupun tak dapat datang...
(tapi datang lagi bagus la... ilmu dapat, pahala pun dapat...)


kami juga akan ada sesi perkongsian bersama ibu bapa Al-Fatih ... jadi bersedia untuk berkongsi dan mendapat perkongsian, insya-Allah...


Cuma , ada sedikit penambahan : tajuknya yang Final adalah :

Bersama Ustaz Hasrizal (sailfulislam.com) :
" Seni Mendidik Anak Secara Praktikal dan Kontemporari "

Kami minta ibu bapa Al-Fatih memberitahu kehadiran, untuk membantu kami menganggarkan jumlah hadirin. Jadi, yang bukan parents Al-Fatih tapi nak datang, boleh datang... cuma TOLONG daftar / beritahu...

samada call tadika, atau SMS / call saya sendiri : 013-364 0099

wasalam,
Teacher Iman

Thursday, April 29, 2010

Ustaz Hasrizal aka Saiful Islam di BSP

Anda kenal dengan nama Ustaz Hasrizal?

Apakah anda pembaca tegar SaifulIslam.com?

Ingin mengetahui tip-tip keibubapaan dari Ustaz Hasrizal?

Ingin mengetahui lebih lanjut apa itu kaedah khalifah?

Anda perlu hadir diskusi bersama Ustaz Hasrizal.








Membentuk Si Cilik Melalui Kaedah Khalifah

Tarikh: Ahad 9 Mei 2010

Masa: 9am – 12pm

Tempat: Tadika Al-Fatih




Khusus untuk ibubapa anak di Al-Fatih dan juga terbuka juga kepada ibubapa lain.

Sila daftarkan diri dengan menghubungi Tadika/Taska Al-Fatih ditalian 03-8926-3697 / 019-398-5832

Sunday, March 21, 2010

BACA@KOMUTER Edisi Khas PBAKL 2010, 27 Mac 2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Tuan dan Puan yang dihormati sekalian,

Projek BACA@KOMUTER Edisi Khas PBAKL 2010 akan diadakan pada 27 Mac 2010 bersamaan hari Sabtu.

Pergerakan akan bermula pada jam 9.30 pagi dari Stesen KTM Seremban dan berakhir di Stesen KTM Putra.

Bahan bacaan adalah bebas - buku, akhbar, majalah, jurnal, komik dan apa sahaja, selagi tidak melanggar tatasusila agama dan bangsa.

Sesuai dengan nama 'Edisi Khas PBAKL 2010', dengan ini saya paparkan antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di beberapa booth yang memberikan sokongan kepada projek BACA@KOMUTER nanti.

Maklumat lanjut disini: http://www.facebook.com/profile.php?id=333387238552