Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Thursday, May 24, 2012

Pertemuan dan Borang Maklum Balas

Inline images 1

Gambar Hiasan

Borang Maklum Balas PIBG SKBSP

Seperti tahun 2011, pihak PIBG sekali lagi akan mengadakan pertemuan bersama entiti-entiti yang berkepentingan dalam urusan SK Bandar Seri Putra. Secara tentatifnya, pertemuan tersebut akan diadakan pada 26 Jun 2012 (semasa Hari Terbuka Akademik) tetapi tertakluk kepada perubahan. Tarikh yang pasti akan dimaklumkan secara bersurat oleh PIBG.

Oleh itu, bagi melancarkan pertemuan, pihak PIBG memohon dapatlah kiranya mereka yang berkenaan terutamanya ibubapa dapatlah mengisi maklum balas ini. Seterusnya perbincangan nanti akan terus menjurus kepada permasalah yang telah dinyatakan disini, lebih tersusun dan telah ada cadangan penyelesaiannya.

BORANG MAKLUM BALAS

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila emailkan kepada skbandarseriputra@gmail.com.

Mudah-mudahan usaha sedikit ini dapat memantapkan lagi sekolah anak-anak kita.

-PAKSI-
Bagi Pihak PIBG.

Wednesday, May 23, 2012

FAQ: Jika tertinggal bas, maklumkan pegawai di sekolah.

Inline images 1
Klik untuk pembesaran

Dikongsikan permasalahan biasa dan tindakan yang boleh diambil oleh anak-anak dan ibubapa jika tertinggal bas sekolah.

Inline images 2

Tuesday, May 22, 2012

Makluman Kemalangan Van Sekolah (Penghantaran Semula)

Inline images 1
Klik untuk pembesaran

Makluman kemalangan kepada yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================


Makluman Kemalangan Van Sekolah



Makluman kemalangan kepada yang berkaitan untuk tindakan lanjut.

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Tuesday, May 15, 2012

SKBSP - Surat Terkini Mei 2012


========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Sunday, May 13, 2012

SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA JBPM PUTRAJAYA 2012

Sumber: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150806173701762.391615.348304376761&type=1

Inline images 4

Inline images 6

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 5

Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Kali ke-37 Tahun 2012, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya akan mengadakan pelbagai program dan aktiviti yang menarik.

Semua dijemput untuk hadir memeriahkan lagi Sambutan Hari Anggota Bomba ini. Kehadiran anda semua amat kami alu-alukan....

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

[Ingatan] Jangan Main Tekan-Tekan Suis Lampu Isyarat

Inline images 1

Saya kongsikan entri daripada salah seorang ibu. Diharap kita dapat sama-sama mengingatkan antara satu sama lain fungsi lampu isyarat yang tidak boleh dipermainkan. -PAKSI-
http://www.adzriel.com/2012/05/jangan-main-tekan-tekan-suis-lampu.html
Terima kasih kepada Puan Liza atas sikap prihatin beliau.


Monday, 14 May 2012

Jangan main tekan-tekan suis lampu isyarat!

Agaknya hari Sabtu baru adalah sorang budak sekolah ni kata "Garangnya makcik ni!". Apa taknya, tiba-tiba aje kena sound dek aku.

Macam biasa aku menunggu anak aku,
Asyikin pulang dari tusyen sekolah untuk murid-murid UPSR bermula pukul 11.00 pagi. Aku park kereta di tepi bahu jalan berhampiran dengan lampu isyarat laluan untuk pelajar sekolah melintas.

Lama menunggu di dalam kereta dengan anak bongsu aku,
Arif. Kononnya malas nak keluar dari kereta sebab malas nak mendukungnya yang dah makin membesar dan aktif. Dah nak 3 tahun pada 28 Mei 2012 nanti.

Murid-murid dah mula keluar, tapi macam biasa anak dara aku tu memang lambat munculnya. Sejak dia kecil lagi begitulah keadaannya selalu saja yang lewat keluar. Suka lenggang kangkung agaknya.


Adalah 2 orang budak lelaki yang berdiri di tiang lampu isyarat sambil tangan menekan suisnya. Lampu untuk laluan kenderaan bertukar merah dan pelajar bolehlah melintas bila lampu pejalan kaki bertukar hijau. Tetapi tiada siapa pun yang melintas waktu itu termasuklah 2 orang budak lelaki tadi.


Aku hanya memerhati mereka lagi. Bila lampu merah bertukar hijau untuk laluan kenderaan, mereka mula menekan semula suis lampu isyarat. Situasi tadi berulang hingga 3 kali dengan tiada siapa pun melintas walau pun lampu hijau untuk melintas dah menyala.


"Tak boleh jadi ni!"
, hati aku jadi geram.

Aku matikan enjin, dukung Arif dan melintas jalan menuju ke arah budak tu. Salah seorang sudah pun berlalu, tinggallah seorang yang masih sayangkan tiang lampu isyarat tu.


"Boleh tak jangan tekan suis tu kalau tak nak melintas?"
, aku tegur budak tu dengan nada tegas, tak rendah tak tinggi.

"Jangan main tekan-tekan je, nanti jalan jadi jem kat sini!"
, tambah aku lagi.

Terdiam budak tu. Nyarislah dia tak melawan cakap aku. Ada juga rasa hormatnya pada aku. Maknanya bukannya budak ni tak baik cuma nak main-main. Dia tak faham akibat dari perbuatannya. Dia mungkin hanya nampak kereta mula berhenti, kemudian bergerak. Dia tak nampak perbuatannya menyebabkan jalan menjadi semakin sesak, para pemandu menjadi marah dan mula menyumpah-nyumpah.


"Nak acik ambil gambar letak dalam facebook ke? Atau tunjuk gambar kat cikgu?"
, mengugut budak tu le pulak. Ishhh... macam kejam je kan. Psikologi untuk budak-budak je.

"Lain kali jangan buat lagi tau! Pesan dengan kawan-kawan pun jangan buat macam ni! Kalau betul-betul nak melintas, baru tekan suis tu!"
, aku tambah 'asam' lagi. Budak tu angguk je... fahamlah agaknya. Aku harap dia betul faham.

Bila hal begini berlaku, sebagai ibu bapa maka aku kena kerap pesan dengan anak-anak
"tekan suis tu sekali je, tak payah nak tekan banyak kali. Lepas tu tunggu je dia tukar hijau".

Berilah masa untuk lampu tu bertukar warna. Takkanlah bila tekan je terus tukar warna, maunya brek mengejut kereta yang datang. Tak pasal-pasal yang terus nak melintas pulak kena langgar sebab lampu dah hijau. Lepas tu bagi alasan tak rasa bersalah "Saya lintas je lah! Saya tak salah! Kereta yang salah!", Agak-agaklah sikit!

Selepas aku berlalu dari situ, budak tu dah menjauhkan diri dari tiang tu. Tak lama kemudian aku nampak maknya datang. Maka dia pun tekan suis lampu isyarat tu. Terasa lama agaknya, dia tekan lagi. Ish.. tak puas hati, maknya tekan lagi. Geleng kepala ajelah aku waktu tu. Faham-faham sendirilah.


Budak-budak ni nak kena pesan selalu tentang sikap menekan suis lampu isyarat di depan sekolah sama ada di pihak ibu bapa atau guru-guru. Tapi kalau ibu bapa, siapa pula nak ingatkan? Aku senang je, kalau jalan agak boleh nak melintas tu malas aku nak tekan suisnya.


========================
PAKSI
========================

Thursday, May 3, 2012

Garis panduan keselamatan di sekolah dikaji semula

Garis panduan keselamatan di sekolah dikaji semula

http://utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_29.htm

MUAR 3 Mei - Kementerian Pelajaran akan meneliti semula garis panduan keselamatan sekolah di negara ini dalam usaha memperkukuhkan aspek keselamatan pelajar bukan sahaja di dalam kawasan tetapi juga luar kawasan sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet kementerian semalam dan memutuskan pekeliling keselamatan sedia ada ditambah baik untuk mempertingkat aspek keselamatan pelajar.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kes penculikan pelajar warga Belanda Nayati Shamelin Moodliar, 12 tahun pada 27 April ketika dalam perjalanan ke sekolah menyedarkan beliau dan kementerian mengenai aspek keselamatan pelajar bukan sahaja harus dititikberatkan di dalam kawasan sekolah tetapi juga di luar sekolah.

"Kita telah ada pekeliling (keselamatan) sekian lama... tetapi dengan perkembangan terbaru kita nak lihat balik bagaimana nak perkukuhkan keselamatan pelajar dengan penglibatan ibu bapa dan masyarakat dipertingkat," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak Berjaya Corp Bhd -7Eleven- dan Cosway Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan Junid di sini hari ini. - BERNAMA


========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

Wednesday, May 2, 2012

Konvensyen Super Parents di PICC

 Konvensyen Super Parents akan diadakan seperti berikut :-

                Tarikh                   : 26 & 27 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
                Tempat                : Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
                Masa                     : 8 pg – 5 ptg

Bayaran                : RM120 seorang (pendaftaran sebelum 10 Mei 2012)
                                                                        

Maklumat lanjut boleh didapati di laman http://superparents.com.my/

 

Nota: Pendaftaran secara berkumpulan yang melebihi 40 orang akan mendapat diskaun 15%.



========================
Khai
khair75@gmail.com
========================