Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Wednesday, October 30, 2013

Fwd: [bspinduk] Re: Gambar pembinaan Masjid Al-Mustaqim pada 29 & 31 Okt 2013 - panorama & perspektif


Assalamualaikum,

Disertakan gambar panorama dari pintu utama dan gambar perspektif dari bucu kanan masjid yang saya re-shoot pada hari ini (panorama ruang solat diambil pada 29 Okt). Saya merancang untuk mengambil gambar 3 pandangan ini setiap bulan sebagai benchmark photo sehinggalah pembinaan masjid siap untuk disimpan sebagai rekod progress, insyaAllah.

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra



Pandangan panorama dari pintu utama (mengadap tapak pasar malam)


Pandangan Panorama dari luar ruang solat utama (mengadap jalan besar Persiaran Seri Putra 1)


Corner shot - perspektif dari bucu kanan masjid - Pintu kanan masjid mengadap KUIS


From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>
Sent: Wednesday, October 30, 2013 5:16 PM
Subject: Gambar pembinaan Masjid Al-Mustaqim pada 29 Okt 2013

Gambar-gambar ketika lawatan ke tapak pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP oleh JK Pembinaan diketuai olah Dato' Zakaria Husin (Timb. Pengerusi), Tn.Hj.Anwar Khan (Setiausaha) dengan diiringi oleh barisan perunding projek dan wakil kontraktor projek.

FB Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.618906068165581.1073741831.120427501346776&type=1

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.


Thursday, October 24, 2013

Laman Web rasmi SKBSP

Inline images 1

Laman Web rasmi sekolah.
http://www.skbsp.com/

Thursday, October 17, 2013

Fwd: Jemputan Menyertai Rakaman TV Astro Oasis


Assalamualaikum

Tuan/Puan

Merujuk kepada perkara diatas,

Pihak kolej ingin menjemput seluruh warga Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Seri Putra untuk bersama-sama memeriahkan majlis ilmu ini seperti berikut :

Tarikh  :  22,23,24,25,26,28,29 Oktober 2013
Masa   :  9.00 pagi - 12.00 T/hari , 2.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Auditorium Pentadbiran , Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jamuan disediakan, berikut adalah tentatif program dan banner untuk rujukan tuan/puan

--
Nor Khaifainee Bin Suriat Othman
Seksyen Aktiviti & Kebajikan
Bahagian Pembangunan Mahasiswa
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor

Tel: 03-89254251 ext: (3106)
Faks: 03-89266706
e-mail: khaifainee@kuis.edu.my

P Please consider the environment before printing this email.

Thursday, July 4, 2013

We Love Ramadhan IKRAM Jr

Inline images 1

We Love Ramadhan

7/7/2013 (Ahad)

9.30 pagi - 12 tengahari

Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra

Hubungi: Iman 013 364 0099

Yuran: RM10 sahaja

IKRAM Junior

Sunday, June 16, 2013

TIGA YDP Sekolah di BSP

Inline images 1

Tiga YDP. Dari kiri YDP SMKBSP, Dato' Annas; YDP SRABSP, Iqbal Mohammed dan YDP SKBSP, Ustaz Rozie. Ketiga-tiga hebat-hebat belaka. Alhamdulillah, merekalah pemimpin kita.

Thursday, May 9, 2013

DADDY FC training petang ni

Salam.

Bagi yang dah daftar untuk mewakili pasukan DADDY FC diharap dapat berkumpul petang ini jam 6 petang di padang permainan Seriputra5 (tepi tangki air Bandar Seri Putra) untuk berkenal mesra dan latihan pertama-terakhir. Yang lain nak turut sama pun dialu-alu sebab masih diperlukan  2 orang pemain. Sebarang pertanyaan mohon hubungi saya 0122655203.

Khai

Tuesday, May 7, 2013

SKBSP: Pencarian Pemain DADDY FC

Assalammualaikum.

Kaum bapa SKBSP.

Sempena sambutan hari guru peringkat sekolah pada hari Sabtu ini (11 Mei 2013), satu pertandingan bola sepak 9 sebelah akan diadakan di sekolah. Saya diminta oleh Cikgu Fudhali untuk mencari wakil kaum bapa yang berminat untuk mewakili pasukan DADDY FC (ok kena nama tu?).

Oleh itu mana-mana kaum bapa yang terbaca posting ini dan berminat untuk mewakili pasukan Kaum Bapa (DADDY FC), bolehlah SMS saya Khai 012.2655.203 dengan memakluman nama, no telefon, dan posisi pilihan. Sila hantar selewat-lewatnya Khamis ini 9 Mei 2013 jam 10 pagi. Insya-Allah kita akan buat satu sesi latihan pertama dan terakhir pada petang Khamis ini.

Kepada ibubapa yang lain, mohon turun berikan sokongan kepada pasukan kami.

Khai (Wakil Sementara DADDY FC)

Friday, March 22, 2013

Kejadian Jenayah: Tingkatkan Keselamatan

Inline images 1

Mohon warga Putra-Mahkota tingkatkan keselamatan

Makluman Jenayah Putra-Mahkota
======================

Coprl amin wrote: Assalamualaikum, Untuk makluman pecah rumah telah berlaku di bukit mahkota, suspek 3 lelaki, seorg berbadan tegap dan tinggi, seorg berbadan dan kurus dan pendek, menaiki kereta vios warna silver, harap pihak tuan dapat brjaga2, dan memberi kerjasama untuk kesenangan semua. Terima kasih.

Sunday, March 17, 2013

Gambar2 ketika SOLAT HAJAT & MAJLIS DOA SELAMAT di SURAU ASSYAKIRIN



---------- Forwarded message ----------
From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>
 

Gambar2 ketika SOLAT HAJAT & MAJLIS DOA SELAMAT di SURAU ASSYAKIRIN

Gambar-gambar lain boleh didapati di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.517282334994622.1073741825.120427501346776&type=1


Ustaz Dr. Zulkefli Aini sebagai pengerusi majlis


Dr. Abd. Rahman Hassan, Pengerusi JK Pembinaan menyerahkan Surat Tawaran Fasa 2 Pembinaan Masjid kepada wakil Kontraktor yang berjaya dalam proses Tender yang telah dijalankan.


* Doa Selamat.png (998.02 kB, 1005x751 - viewed 0 times.)


From: "Abdul Rahman Hasan, Dr Hj" <abrahmanh@stats.gov.my>



Alhamdulilah, solat hajat dan doa selamat telah dijayakan dgn jayanya. Terima kasih semua atas kehadiran dan sokongan



Abdul Rahman Hasan


From: anwar khan <anwarkhn50@gmail.com>
Sent: Monday, March 11, 2013 3:45 PM
Subject: SOLAT HAJAT DAN MAJLIS DOA SELAMAT

Salam Semua,
 
SOLAT HAJAT DAN MAJLIS DOA SELAMAT

Sempena dengan majlis pembinaan Masjid Al-Mustaqim yang akan bermula dalam bulan ini, kita telah bersetuju supaya SOLAT HAJAT dan MAJLIS DOA SELAMAT akan dilangsungkan di SURAU ASSYAKIRIN pada HARI JUMAAT, 15HB MAC 2013.

Aturcara Majlis adalah seperti berikut:

7.29 malam  :  Azan Maghrib
                       Solat Maghrib
                       Solat Hajat
                       Doa selamat
                       Sepatah Kata daripada Pengerusi Pembinaan Masjid, Dr Hj Abd Rahman Hasan
                       Penyerahan Surat Tawaran kepada Kontraktor
8.40 malam  :  Azan Isyak / Solat
                      Jamuan Makan Malam

Nota: Solat dan Doa akan dipimpin oleh Ustaz Dr Zulkefli Aini

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengerusi Surau Assyakirin dan Imam Dr Zul di atas segala kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkati usaha kita.

Semua AJK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim diminta hadir ke majlis di atas. Terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,
MOHD ANWAR KHAN
Setiausaha
Tel: 019-8852321

__._,_.___

Friday, March 15, 2013

INFO KESELAMATAN



---------- Forwarded message ----------
From: Norizan <nsizan@umland.com.my>

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.
 
MAKLUMAT MENGENAI JENAYAH.
 
INFO DITERIMA DARIPADA PIHAK POLIS MEMBERITAHU BERJAGA-JAGA DENGAN KEHADIRAN PENJENAYAH BANGSA CINA/MELAYU
MENAIKI KERETA MEWAH SEPERTI TOYOTA CAMRY.  MODUS OPERANDI MEREKA MELAKUKAN SAMUN KE ATAS RUMAH-RUMAH YANG
PINTU/PAGAR RUMAH TERBUKA.  MASA DIANTARA JAM 0600 - 1000 PAGI.
 
SEMUA PENDUDUK DIINGATKAN SENTIASA BERJAGA-JAGA SEBILANG MASA DAN MEMERHATI PERKARA-PERKARA YANG MENCURIGAKAN. LAPOR SEGERA KEPADA 03-89258222 (BALAI POLIS BANGI, BANDAR SERI PUTRA) atau 03-89114222 (IPD Kajang).
 
MAKLUM DAN HEBAHKAN KEPADA SEMUA KOMUNITI.
 
WASSALAM.
 
NORIZAN BIN HJ SULAIMAN
BHD
 
 


Saturday, March 9, 2013

Sunday, February 24, 2013

Pusing kereta sebelum bergerak. Anda mampu menyelamat nyawa.

Inline images 1

Proses yang mudah yang mungkin menyelamatkan nyawa.

https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnRFFoYk82d21JblE/edit?usp=sharing

Friday, February 22, 2013

Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013



Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013 (HKBSP'13) merangkumkan tiga acara utama Kayuhan Amal, acara sukaneka (SUKANEKA BSP 2013) dan pertandingan mewarna. Antara lain hari keluarga ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk Bandar Seri Putra (serta kawasan sekitarnya) serta bertujuan memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat Bandar Seri Putra yang kini dianggarkan berjumlah lebih kurang 30,000 orang.

Kayuhan Amal mengajak penduduk agar mengamalkan budaya sihat dengan berbasikal daripada lokasi utama ke semua surau di Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra. Program ini adalah juga serampang dua mata yang bertujuan untuk menambahkan kutipan pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra yang masih memerlukan sejumlah RM4.5 juta.

Manakala, program sukaneka cuba membawa penduduk untuk kembali ke sekolah mengimbau kembali zaman persekolahan. Pelbagai acara sukaneka yang pernah dimainkan semasa zaman persekolahan akan disenaraikan dan dimainkan oleh peserta dewasa. Disamping itu kategori remaja dan kanak-kanak akan juga dimuatkan.

Acara sampingan seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika dan cabutan bertuah akan turut diselitkan.

TARIKH: 16 MAC 2013 (SABTU)

MASA:7.00 pagi - 1.30 petang

TEMA DAN TEMPAT

KAYUHAN AMAL
TEMA : "BERKAYUH MENYUSURI SUNNAH RASULULLAH"
TEMPAT : BERMULA DI SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRABSP) DAN BEKAYUH KE SURAU-SURAU SEKITAR BANDAR SERI PUTRA DAN TAMAN IMPIAN PUTRA

SUKANEKA & MEWARNA
TEMA : "KEMBALI KE SEKOLAH"
TEMPAT : SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRABSP)

Monday, January 7, 2013

SKBSP: Membeli sambil menderma tabung PIBG SKBSP

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

PIBG SK Bandar Seri Putra dalam mengumpul dana untuk tabung pembangunan sekolah sedang mengadakan jualan kalendar SKBSP (yang memaparkan aktiviti SK sepanjang tahun), pelekat kenderaan (ala Fear Factor - SK sentiasa di hati), dan 2 jenis pelekat roadtax kenderaan.

Dapatkan kalendar SKBSP yang julung kali dibuat. Ia memaparkan perancangan aktiviti sekolah sepanjang tahun. Terdapat juga tarikh-tarikh penting seperti hari sukan, hari graduasi yang dihighlightkan dalam kalendar. Bagi muslimin-muslimat, waktu solat juga dipaparkan.

Manakala pelekat kenderaan ala-fear factor yang tertulis SK Bandar Seri Putra Sentiasa Dihati memang cantik dilekatkan dikenderaan anda. Anak-anak anda juga akan bangga kerana logo sekolah mereka dilekatkan dikenderaan anda.

Roadtax kenderaan juga memaparkan logo sekolah boleh digunakan untuk melindung roadtax anda.

Stiker road-tax ini ada tiga cara penggunaanya.
  • Cara pertama. Letakkan road-tax anda pada cermin dan tampal stiker ini dibelakangnya.
  • Cara kedua. Tampal stiker ini pada cermin dan kemudian roadtax ditampal dibelakangnya. Boleh tampal pelekat atau stiker lain untuk mengukuhkannya.
  • Cara ketiga: cari stiker lutsinar lain dan tampal pada cermin. Seterusnya tampal road-tax dibelakangnya. Manakala stiker ini ditampal pada lapaisan ketiga.
  • Cubalah. Ini mungkin mengemaskan lagi road-tax pada cermin kereta anda disamping anak anda berbangga kerana logo sekolah dia tertampal pada kereta anda.
  • ** Sebarang kerosakan atau kesan sampingan maklumat ini tidak akan ditanggung oleh pihak PIBG.

Inline images 1
CPSK01 - Harga kalendar "membeli sambil menderma" untuk tabung PIBG SKBSP adalah RM10.

Inline images 2
CPSK02 - Harga pelekat kenderaan "membeli sambil menderma" untuk tabung PIBG SKBSP adalah RM10.

Inline images 3

Inline images 4

CPSK03 - Harga pelekat roadtax "membeli sambil menderma" untuk tabung PIBG SKBSP adalah RM7.

Inline images 5

Inline images 6

CPSK04 - Harga pelekat roadtax "membeli sambil menderma" untuk tabung PIBG SKBSP adalah RM7.

Sebarang pertanyaan boleh email khai@bandarseriputra.com atau telefon 012-2655203.

Sekian terima kasih.

Bagi Pihak PIBG SKBSP