Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan - PIBG SK-BSP



Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua anak-anak, ibubapa dan guru-guru SK-BSP.

Serta selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-54.



Ikhlas daripada PIBG SK-BSP

Wednesday, August 10, 2011

Eksiden di simpang 3 utama dekat Putra Terrace BSP hari ini (10 Ogos 2011)


Empat sahabat menempuh detik-detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan menyebabkan dua daripada mereka tersepit di satu persimpangan Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini, hari ini.

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Empat sahabat menempuh detik-detik cemas apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan menyebabkan dua daripada mereka tersepit di satu persimpangan Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bangi, kejadian berlaku pukul 1 petang apabila kereta itu dipercayai bertembung dengan sebuah bas sekolah sebelum terbabas semasa tiba di lokasi.

Katanya, pemandu dan penumpang hadapan kereta itu tersepit ekoran kemalangan tersebut.

"Dua lagi penumpang belakang tidak mengalami kecederaan. Kedua-dua pelajar yang mengalami cedera ringan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan, semua mereka merupakan pelajar perempuan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan berusia lingkungan 20-an.

Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150258077266762&set=a.350158721761.146787.348304376761&type=1&ref=nf

Tuesday, August 9, 2011

Perginya Suami Cikgu Afidah

Saya dimaklumkan oleh Cikgu Zubaidah bahawa suami Cikgu Afidah meninggal dunia jam 9.45 pagi tadi.
Mudah-mudahan rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Al-Fatihah.

Friday, August 5, 2011

Blog YB: Motivasi Alihan Pelajar Oleh Dr. Tengku Asmadi - Penutupan

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/08/motivasi-alihan-pelajar-oleh-dr-tengku.html

Bandar Bukit Mahkota, 29 Sya`ban = 31 Julai (Ahad):

Motivasi di atas adalah anjuran Persatuan Penduduk Bandar Seri Putera bertempat di Dewan Clubhouse, Bandar Bukit Mahkota pada tarikh di atas bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang. Motivasi yang melibatkan pelajar berumur 10 tahun ke atas ini mendapat kerjasama dari MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd., Unit Dakwah, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Majlis Perwakilan Penduduk, Zon 24 MPKj. Adun Bangi turut sama menyumbang peruntukan. Jumlah pelajar yang mengikuti Motivasi Alihan Pelajar ini lebih kurang 300 orang. Ruang Clubhouse adalah penuh termasuk ibu bapa. Mereka bersila di atas lantai.



Antara objektif anjuran motivasi ini ialah:

    Membentuk semula sikap anak-anak dan memberi kesedaran tentang pentingnya berubah dan berusaha gigih demi masa depan yang cemerlang.
    Memberi kemahiran dengan mengajar strategi dan teknik pembelajaran yang mudah diikuti dan dipraktikkan oleh anak-anak. Dan melahirkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT serta bertanggungjawab kepada diri, ibubapa, masyarakat, Negara dan agama. Motivasi Alihan Pelajar ialah Kursus Motivasi yang diasaskan oleh Dr. Tengku Asmadi sejak tahun 1996 dan hingga kini lebih dari 100,000 pelajar mengikutinya.


Antara topik-topik pengisian ialah:

Sesi 1: Matlamat Hidup Pelajar

    Antara kandungannya ialah bahawa Belajar itu adalah ibadah
    Pelajar perlu mempunyai, bahkan mencipta matlamat
    Kemungkinan matlamat tidak tercapai, Mengapa ?


Sesi 2: Strategi Pembelajaran Aktif melibatkan

    Persediaan belajar
    Fasa-fasa Strategi Pembelajaran Aktif
    Strategi Pembelajaran Aktif
    Pembelajaran Output
    Prinsip Memori
    Kuasa Tumpuan


Sesi 3: Sikap Penentu Kejayaan

    Apa itu sikap ?
    Bagaimana sikap terbentuk
    10 petua atasai sikap malas
    Budaya dan tabiat pelajar cemerlang


Sesi Akhir sebelum acara penutup pada sebelah petang ialah Program Keibubapaan

Adun Bangi tiba pada penghujung program bagi Majlis Penutupan oleh Adun. Majlis dihadiri oleh YM Dr.Hj. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad selaku Motivator dan Pengarah Urusan & Perunding Utama MAP Training & Consultance, saudara Adram Musa Ahli MPKj, Tuan Haji Ahmad bin Yusof YDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra dan Pengarah Program Dr. Ishak bin Ahmad.



Dalam ucapan penutup Adun yang ringkas, kerana hari sudah agak petang, adun mengucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra yang prihatin terhadap pelajaran dan masa depan anak-anak. Tahniah juga kerana dapat menempah seorang pakar Motivator terkenal iaitu YM Dr. Haji Tengku Asmadi bin Tengku Mahmud. Bukan mudah untuk mendapat Motivator terkenal seperti Dr. Hasmadi. Adun berharap dari motivasi yang disampaikan dapat merubah sikap anak-anak yang kurang bersungguh bertukar menjadi pelajar yang rajin. Kita berharap akan muncul pelajar-pelajar cemerlang dikeluarkan hasil dari motivasi di sini. Kegiatan motivasi sedemikian amat dialu-alukan dan ini adalah salah satu pengisian bagi Bangi Bandar Ilmu. Kita harap program-program seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Harap selepas menghadiri motivasi ketara berubah sikap pelajar-pelajar kepada yang lebih positif. Sama-samalah kita berdoa bagi kejayaan mereka. Insya Allah.

Sekian.