Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Tuesday, September 25, 2012

SKBSP: PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 :

Peperiksaan akhir tahun ini melibatkan semua murid termasuk tahun 1 dan 2 bagi subjek KSSR.

Tahun 1 & 2 ( 7 subjek ), tahun 3/4/5 (10 subjek ), tahun 6 (6 subjek elektif sahaja)

Tarikh : 12/10 hingga 18/10. 

Semoga ibu bapa dan murid-murid bersedia bagi menentukan kedudukan kelas anak-anak di tahun 2013

Kenyataan PIBG SKBSP: Berkenaan isu "Guru Menggigit Pelajar"

Kenyataan PIBG SKBSP: Berkenaan isu "Guru Menggigit Pelajar" yang tertera di akhbar Harian Metro baru-baru ini, YDP PIBG Tn. Haji Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd. Rejab, memaklumkan bahawa kes ini sedang dalam perhatian pihak Polis dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. YDP juga telah mengadakan perbincangan dengan waris pelajar, pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Oleh itu, mohon tidak membuat sebarang spekulasi dan diharap doakan penyelesaian terbaik dapat dicapai.
-PAKSI-

Saturday, September 22, 2012

Hari Ini 23 September Majlis Ramah Mesra BSP

Inline images 1

Hari ditunggu kini menjelang,
Anak-anak berlari dengan riang,
Persediaan Ramah Mesra berjalan cemerlang,
Menanti tetamu datang girang.

LCT TV flat screen hadiah utama,
Disamping hamper yang juga disedia,
Silakan tuan-puan warga Bandar Seri Putra,
Menjamu selera bergaul mesra.

Shawal datang, Shawal pergi,
Bahang suasana masih dirasai,
23 September hari ini,
Jom ke padang SP5 bersama famili.

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Friday, September 21, 2012

ESOK: Majlis Ramah Mesra BSP 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BANDAR SERI PUTRA 2012

Dengan sukacitanya dijemput semua warga Bandar Seri Putra untuk berkunjung dan meraikan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 yang akan diadakan pada hari Ahad, 23 September 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Padang Permainan SP5.

Antara acara yang disediakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah :-

Jamuan Makan

Jamuan makanan, buahan dan minuman disediakan bagi semua pengunjung dan tetamu. Kepada mereka yang sama ingin menyumbang, bolehlah membawa makanan atau kuih-muih untuk dijamah bersama.

Permainan

Padang Permainan Angin (Inflatable Playground) disediakan khas untuk anak-anak bawar 12 tahun secara percuma. Juga terdapat permainan menunggang kuda (Pony Ride) disediakan dengan sedikit bayaran dikenakan.

Cabutan Bertuah

Menangilah hadiah utama berupa Flat Screen TV, Bladeless Cooling Stand Fan dan Basikal. Selain itu lebih dari 50 hamper juga tersedia untuk dimenangi. Kesemua hadiah ini adalah khas untuk pengunjung warga Bandar Seri Putra sahaja. Pengunjung warga Bandar Seri Putra diminta mendaftar pada masa kehadiran untuk membolehkan berpeluang memenangi hadiah-hadiah tersebut. Pendaftaran dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Satu rumah hanya perlu mendaftar sekali sahaja.

Persembahan

Berbagai acara disediakan terdiri dari persembahan Tadika, SK BSP, SRA BSP, SMK BSP, Madarasah as-Syakirin & Idola Kecil Adik Muaz. Selain itu terdapat persembahan kompang, muzik tradisonal dan silat.

Gerai Jualan

Kunjungilah gerai-gerai jualan yang akan menjual dan mempromosikan berbagai produk pakaian, keselamatan, kursus, kewangan, makanan dll.

Keselamatan

Keselamatan lalu lintas dan PBSM disediakan bagi membantu mengawal keselamatan. Dipohon dari semua pengunjung untuk mematuhi beberapa arahan dari sukarelawan Keselamatan PPBSP bagi melancarkan perjalanan majlis ini.

Selamat berkunjung. Jiran Didahulukan, Kesepakatan Diutamakan.

Sebarang pertanyaan, sumbangan & aduan, sila hubungi Arzock Nassar tel/sms 0122195909 atau e-mail arzock@ymail.com

Arzock Nassar adalah pengarah program Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 merangkap Bendahari Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP).

Gambar kenangan Majlis Ramah Mesra 2010
Album1: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.482184748707.293853.245996843707&type=3
Album2: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=482198588707&set=a.482184748707.293853.245996843707&type=3

Thursday, September 20, 2012