Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Sunday, July 31, 2011

SK-BSP: Pengesahan Tahun 1 dan Pendaftaran Pra-Sekolah

Saya kongsikan apa yang terpapar di luar sekolah tentang pengesahan tahun 1 dan pendaftaran pra-sekolah.





Khaiatbsp

Friday, July 29, 2011

Carta Ramadhan

Carta ramadhan untuk kegunaan anak-anak.
Kalau mak bapak yang selalu culas pun boleh gunakan Smiley





Bagaimana nak gunakannya?

Tekan pada gambar untuk mendapat gambar saiz sebenar. Kemudian gunakan 'right click' dan 'save image as'.

Masukkan dalam MS Word dan seterusnya 'print' untuk kegunaan anak-anak.

SELAMAT BERPUASA dan MENJALANKAN IBADAH SEPANJANG RAMADHAN.


Sumber: http://alimkidsbookshop.com/pages/FREE-Download%3A-RAMADHAN-CHARTS.html

-Khaiatbsp-

Monday, July 25, 2011

Senarai nama Anak2 yatim di Bandar Seri Putra

http://www.kuis.edu.my/gallery/main.php?g2_view=core.DownloadItem&g2_itemId=1313&g2_serialNumber=2
 Gambar hiasan: DYMM Sultan Selangor semasa lawatan ke KUIS tahun lepas.
Sumber: http://www.kuis.edu.my/gallery/main.php?g2_itemId=1277

Assalamualaikum wrt,.

YBhg Dato'/Tuan/Puan/Ust/Ustzh/Dr.

Menemui semua Ketua/Wakil Skim dan AJK PPBSP.

Mohon jasa baik kepada semua wakil-wakil Skim atau Ketua-ketua Skim di
Bandar Seri Putra, untuk mengenal pasti anak-anak yatim dikawasan
sekitaran masing-masing. Mohon untuk memberikan Nama Penuh, Alamat dan
Nombor Perhubungan kepada Ust Abu Zaki atau saya. Nama-nama ini
diperlukan bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa bersama Sultan di
KUIS, bagi menerima sumbangan daripada Sultan. Mohon untuk menghantar
nama2 tersebut selewat-lewatnya 29 Julai 2011.

Boleh berhubung terus kepada:
Ust Abu Zaki : abuzaki@kuis.edu.my
Ramizi Mohamed : ramizimohamed@yahoo.com

Kerjasama dari tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih

Yang benar

Ramizi Mohamed
SU PPBSP

Thursday, July 21, 2011

Tender Kantin SK-BSP

Dikepilkan tender kantin SK-BSP.

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=8649.0;attach=4592;image

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=8649.0;attach=4594;image

Manakala, ini borang tender.

BORANG TAWARAN SEBUTHARGA

Borang Aduan

http://gosmellthecoffee.com/files/2009/01/5complaint.jpg

Bagi memudahkan urusan sekolah, jika ada ibubapa yang ingin membuat laporan diharap dapat mengisi borang dibawah.

Sila serahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

PAKSI

BORANG ADUAN PELANGGAN

MAP2011 anjuran PPBSP: Mohon Semak Pendaftaran


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Alhamdulillah sehingga hari ini seramai 258 peserta telah disahkan pendaftarannya. Melebihi daripada apa yang disasarkan.

Kami masih memproses baki pendaftaran. Maaf, tiada pendaftaran baru dapat diterima. Ini termasuk peserta yang telah mendaftar online tetapi sehingga Jumaat lepas tidak membayar yuran penyertaan, tidak akan diterima kerana jumlah peserta telah pun mencukupi.

Kami juga memohon mana-mana peserta yang telah membayar secara online agar menyemak senarai berdaftar di sini http://map.bandarseriputra.com/?page_id=97. Harap dapat maklumkan kami jika nama belum lagi disahkan.

Beberapa perkara juga perlu kami tekankan di sini.
  1. Setiap peserta mestilah datang dengan pakaian yang kemas.  Pelajar lelaki digalakkan memakai kemeja dan pelajar perempuan lebih sopan apabila berbaju kurung. Baju T-Shirt, seluar jeans, dan pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
  2. Peserta juga perlu memakai kasut.
  3. Peserta perlu membawa buku nota dan alat tulis.
  4. Bawa juga kopiah, songkok atau kain sembahyang / telekung (untuk perempuan) bagi tujuan solat.
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar. Tak lupa juga kepada yang gagal mendapat tempat, kami ucapkan terima kasih atas minat tuan/puan.

Bagi yang telah mendaftar, kita jumpa di Dewan Bukit Mahkota Clubhouse 31 Julai ini.
Peta ke Dewan Bukit Mahkota Clubhouse di sini http://maps.google.com/maps?q=bukit+mahkota+clubhouse&hl=en&view=map&cid=6748584986922791781&z=17&iwloc=A
Bagi yang menggunakan GPS, boleh set lokasi ke 2.87426, 101.80701.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-


=============================

Aturcara

08.30 – 09.00 Pendaftaran Peserta
09.00 – 09.30 Peraturan & Disiplin Kursus
09.30 – 10.30 Sesi 1 : Matlamat Hidup Pelajar
10.30 – 11.00 Rehat & Minum Pagi
11.00 – 01.00 Sesi 2 : Strategi Pembelajaran Aktif
01.00 – 02.00 Makan Tengahari & Solat Zohor
02.00 – 04.00 Sesi 3 : Sikap Penentu Kejayaan
04.00 – 05.00 Minum Petang & Solat Asar
05.00 – 06.00 Slot Keibubapaan & Majlis Penutup (Ibubapa diminta hadir)
06.00 Bersurai


Monday, July 18, 2011

TENDER KANTIN SK-BSP DIBUKA SEHINGGA 31 JULAI 2011

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/164346_491176190788_182228500788_5871771_630236_n.jpg

Dalam kesibukan kerja, lupa nak maklumkan bahawa Tender Kantin SK-BSP sedang dibuka.
Tarikh tutupnya adalah 31 Julai ini.
Borang boleh diperolehi daripada Pejabat SK-BSP.
Saya menyeru mana-mana pengusaha makanan MUSLIM untuk turut serta dalam menender.
Semoga, pengusaha akan datang dapat memahami kehendak ibubapa di Putra Mahkota.

SK-BSP: Mesyuarat PAKSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Gambar hiasan: Blog SK-BSP yang diuruskan oleh PAKSI

PAKSI (Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi, salah satu unit dalam PIBG SK-BSP) akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Khamis ini 21 Julai 2011. Oleh itu, saya mewakili PAKSI menjemput mana-mana ibubapa yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea, kewangan dsb kepada unit ini dapat turut sama dalam mesyuarat pada Khamis ini.

Antara skop tugasan PAKSI adalah:
  1. Mengurus dan mengemaskini blog dan facebook sekolah.
  2. Membantu PIBG dan sekolah menyampaikan maklumat kepada orang ramai/ibubapa.
  3. Memberi khidmat nasihat kepada PIBG dan sekolah dalam sebarang bentuk berkaitan ICT seperti membantu database sekolah dsb.
  4. Memberi sokongan latihan dalam bidang ICT jika diperlukan.
Ibubapa yang berminat, boleh hadir dalam mesyuarat berikut:

MESYUARAT UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN KOMUNIKASI
Tarikh: 21 JULAI 2011 (Khamis)
Masa: 8.15 MALAM
Tempat: BILIK MESYUARAT SK-BSP

Diharap ramai ibubapa yang dapat hadir untuk sama-sama menyumbang untuk sekolah anak-anak kita.

Khairil Anuar
Ketua PAKSI

Thursday, July 14, 2011

MAP2011 anjuran PPBSP: Pendaftaran Ditutup

Ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada program ini. Kami penganjur MAP2011 ingin mengumumkan bahawa pendaftaran untuk MAP2011 secara rasminya ditutup. Ini kerana target peserta seperti yang dirancang telah dipenuhi.

Sekian, harap maklum.

MAP2011 anjuran PPBSP: 168 daripada 211 pendaftaran telah disahkan.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Alhamdulillah respon yang kita terima sangat menggalakkan. Sehingga 14 Julai 2011, seramai 211 peserta telah mendaftar. Manakala, daripada 211 peserta tersebut, 168 telah pun disahkan pendaftarannya.

Pihak penganjur berharap target 200 peserta dapat dicapai menjelang esok. Mohon agar semua pihak membantu mewar-warkan program ini kepada saudara-mara atau sahabat-handai.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-

Tuesday, July 5, 2011

SK-BSP: Gambar Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Sabtu lepas SK Bandar Seri Putra menyahut seruan kementerian dengan mengadakan Larian 1Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Larian yang melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 serta partisipitasi daripada guru-guru SK-BSP yang bersemangat kental. Dikongsikan gambar semasa larian tersebut. Kredit kepada bsprunner@gmail.com kerana mengambil gambar-gambar ini. Selebihnya di sini: http://bsprunner.multiply.com/photos/album/7.

http://multiply.com/mu/bsprunner/image/1/photos/7/600x600/6/P1040654.JPG?et=oLCjhBg4nriXBwR3ZYoI4w&nmid=465682542

http://multiply.com/mu/bsprunner/image/1/photos/7/600x600/7/P1040655.JPG?et=Qb6WDXfF4%2CaVd3XzN%2BAufQ&nmid=465682542

http://multiply.com/mu/bsprunner/image/1/photos/7/600x600/9/P1040657.JPG?et=Q%2BoMSQmf3MYT8d8i4LI0hg&nmid=465682542

http://multiply.com/mu/bsprunner/image/1/photos/7/600x600/10/P1040658.JPG?et=HmXNo1bMKG1U38zCqKmMtQ&nmid=465682542

http://multiply.com/mu/bsprunner/image/1/photos/7/600x600/27/P1040675.JPG?et=S0H7ubekSEqP%2CKPr3V%2Ccjg&nmid=465682542

-Khaiatbsp-