Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Thursday, April 29, 2010

Ustaz Hasrizal aka Saiful Islam di BSP

Anda kenal dengan nama Ustaz Hasrizal?

Apakah anda pembaca tegar SaifulIslam.com?

Ingin mengetahui tip-tip keibubapaan dari Ustaz Hasrizal?

Ingin mengetahui lebih lanjut apa itu kaedah khalifah?

Anda perlu hadir diskusi bersama Ustaz Hasrizal.








Membentuk Si Cilik Melalui Kaedah Khalifah

Tarikh: Ahad 9 Mei 2010

Masa: 9am – 12pm

Tempat: Tadika Al-Fatih




Khusus untuk ibubapa anak di Al-Fatih dan juga terbuka juga kepada ibubapa lain.

Sila daftarkan diri dengan menghubungi Tadika/Taska Al-Fatih ditalian 03-8926-3697 / 019-398-5832

Friday, April 23, 2010

Buletin 3/2010 SKBSP

Buletin 3/2010 SKBSP dalam format pdf dikepilkan.




Tuesday, April 20, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2010 Pertama

Pada 14 April lepas, jawatankuasa PIBG 2010 telah berjaya melaksanakan mesyuarat pertamanya. Mesyuarat telah dihadiri oleh majoriti ahli jawatankuasa.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs412.snc3/24873_387982330788_182228500788_3814523_8367641_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs412.snc3/24873_387982350788_182228500788_3814525_4748597_n.jpg
Gambar - Jawatankuasa PIBG bersidang

Mesyuarat telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada penasihat PIBG, puan Guru Besar SK-BSP, Puan Normah Binti Kasim. Antara yang disentuh adalah mengenai saringan LINUS dan perjumpaan dengan ibubapa mengenai saringan tersebut. Juga disentuh tentang pencapaian sekolah dalam bidang sukan atau olahraga yang belum pun setahun umurnya serta berkenaan masalah murid.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs412.snc3/24873_387982355788_182228500788_3814526_1281881_n.jpg
Gambar - Puan Normah Binti Kasim, Guru Besar SK Bandar Seri Putra

Saringan LINUS yang lalu telah mendapati 180 pelajar terpaksa dimasukkan dalam kelas LINUS dan saringan seterusnya akan dijalankan bulan Jun akan datang.

Berkenaan pendaftaran tahun satu, sehingga kini telah terdapat 521 pelajar mendaftar untuk tahun satu 2011 dan 271 lagi mendaftar untuk tahun satu 2012.

Aktiviti besar yang akan dijalankan sekolah dalam masa terdekat adalah Hari Kantin. Bagaimanapun, kertas kerja hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Manakala masalah mengumpul dan mengekstrak data sekolah (daripada sistem Kementerian dan daripada database sekolah) akan dibantu oleh PIBG agar mudah dibaca dan dianalisis.

Majlis penyerahan tugas antara YDP 2009 (Mejar Qayyum) dan YDP 2010 (Ustaz Rozi) juga telah dijalankan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs452.ash1/24873_387982415788_182228500788_3814538_2073607_n.jpg
Gambar - Mejar Qayyum menyerahkan tugas kepada Ustaz Rozi

PIBG juga telah bersetuju membentuk unit-unit yang akan membantu menggerakkan PIBG:
  1. Unit Pembangunan, Kewangan dan Ekonomi - Diketuai oleh Ustaz Rozi
  2. Unit Kebajikan dan Keselamatan - Diketuai oleh Mejar Qayyum
  3. Unit Pendidikan, Sukan dan Kerohanian - Diketuai oleh En Rosli
  4. Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi - Diketuai oleh En Khairil
Semua unit ini akan mengambil isu-isu yang telah dibangkitkan dalam dan luar mesyuarat agong untuk diselesaikan. Ibubapa yang lain juga diharap dapat menyumbang melalui unit-unit ini. Ibubapa boleh mendaftarkan diri di sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/pendaftaran-kepakaran-ibubapa.html.

Buat permulaan, PIBG melalui Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi telah mengesahkan bahawa blog SB Bandar Seri Putra (http://skbandarseriputra.blogspot.com/) akan dijadikan blog rasmi PIBG dan sekolah. Satu e-group juga telah diwujudkan sebagai ruang perbincangan PIBG (lihat sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/e-group-perbincangan.html).

Mesyuarat telah ditangguhkan sekitar jam 12 tengah malam dan akan bermesyuarat semula dalam masa sebulan.

Nota: Gambar lain boleh dilihat di http://www.facebook.com/album.php?aid=166513&id=182228500788

- Dilaporkan oleh Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi

Friday, April 16, 2010

E-Group perbincangan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs519.snc3/27254_387166965788_182228500788_3793408_8090723_n.jpg

Atas permintaan ibubapa, pihak kami telah mewujudkan juga e-group. Alamatnya adalah seperti berikut:

Untuk pendaftaran, boleh terus ke laman berkenaan dan terus daftar dengan menekan butang "Join This Group!". Nyatakan nama, nama anak, dan kelas anak untuk pendaftaran. Maklumat tidak lengkap, tidak akan dilayan.

Selain itu boleh juga daftar melalui email dengan menghantar ke alamat "Subscribe". Selain itu jika ingin memberhentikan langganan, boleh hantar email "Unscubscribe" dibawah. Manakala, untuk hantar masej, hantar ke alamat "Post message".


Selamat berbincang.

Pendaftaran Kepakaran Ibubapa