Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Thursday, May 9, 2013

DADDY FC training petang ni

Salam.

Bagi yang dah daftar untuk mewakili pasukan DADDY FC diharap dapat berkumpul petang ini jam 6 petang di padang permainan Seriputra5 (tepi tangki air Bandar Seri Putra) untuk berkenal mesra dan latihan pertama-terakhir. Yang lain nak turut sama pun dialu-alu sebab masih diperlukan  2 orang pemain. Sebarang pertanyaan mohon hubungi saya 0122655203.

Khai

Tuesday, May 7, 2013

SKBSP: Pencarian Pemain DADDY FC

Assalammualaikum.

Kaum bapa SKBSP.

Sempena sambutan hari guru peringkat sekolah pada hari Sabtu ini (11 Mei 2013), satu pertandingan bola sepak 9 sebelah akan diadakan di sekolah. Saya diminta oleh Cikgu Fudhali untuk mencari wakil kaum bapa yang berminat untuk mewakili pasukan DADDY FC (ok kena nama tu?).

Oleh itu mana-mana kaum bapa yang terbaca posting ini dan berminat untuk mewakili pasukan Kaum Bapa (DADDY FC), bolehlah SMS saya Khai 012.2655.203 dengan memakluman nama, no telefon, dan posisi pilihan. Sila hantar selewat-lewatnya Khamis ini 9 Mei 2013 jam 10 pagi. Insya-Allah kita akan buat satu sesi latihan pertama dan terakhir pada petang Khamis ini.

Kepada ibubapa yang lain, mohon turun berikan sokongan kepada pasukan kami.

Khai (Wakil Sementara DADDY FC)