Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Friday, December 31, 2010

GAMBAR: Orientasi pelajar Tahun 1 SK BSP

Saya kongsikan gambar dari FB SK-BSP (http://www.facebook.com/pages/SK-Bandar-Seri-Putra/182228500788)


Seorang bapa yang tekun semasa pendaftaran.


Ustaz Farid Ravi punyai anak mendaftar tahun 1. Insya-Allah lamalah Ustaz dalam PIBG.


Terpampar keriangan guru yang akan berkhidmat memberi ilmu pada anak-anak kita.


Gaya ibu dan anak yang serupa semasa pendaftaran.


Aman Shah pun ada.


Kaunter


Ibubapa dan anak yang hadir.

Selamat menempuh alam persekolahan.

Wednesday, December 29, 2010

Orentasi SK-BSP diteruskan esok 31 Dis 2010 walaupun esok cuti

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs278.ash1/20535_1319189177138_1153036704_987570_1958075_n.jpg

Orientasi untuk pelajar Tahun 1 pada esok hari (31/12/2010) tetap berlangsung seperti yang dijadualkan.. Bermula pukul 8 pagi dan pelajar dikehendaki memakai pakaian sekolah


Sumber: http://www.facebook.com/pages/SK-Bandar-Seri-Putra/182228500788

Monday, December 27, 2010

Pembetulan: Terkini Berkaitan Sekolah Menengah Bandar Seri Putra



Ralat: Tarikh mula pendaftaran adalah 28 Dec 2010 dan bukannya 29 Dec 2010.

Maaf di atas kesilapan tersebut.

-khai@BSP-

2010/12/28 Khair75-Gmail <khair75@gmail.com>






Maklumat yang saya perolehi dan boleh dipastikan dengan melihat banner di pintu masuk Sekolah Menengah Bandar Seri Putra (SM-BSP).

Banner untuk pendaftaran Form 1&2 dah di pasang kat SM BSP. Pendaftaran buka dari 29 Dec to 31 Dec. Orientation day on 31 Dec. Insyaallah SM buka untuk seisi Jan 2011.

Khai@BSP

Perginya Cikgu Fakhrul Ramzan, Guru Pendidikan Khas SK-BSP

Maklumat terkini yang diterima. Seorang guru SK-BSP telah meninggalkan kita malam tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.

assalamualaikum..utk makluman semua,cikgu Fakhrul Ramzan (Pendidikan Khas) baru saja meninggal dunia maghrib td di HKL.jenazah akan di bawa balik ke Parit Buntar lbh krg pukul 10.30 mlm ni juga.khabarnya heart attack.td our 1st meeting dia attend lg tp balik awal..semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman..insyaallah..Al fatihah..


Sumber: http://www.facebook.com/home.php#!/pages/SK-Bandar-Seri-Putra/182228500788

Terkini Berkaitan Sekolah Menengah Bandar Seri Putra







Maklumat yang saya perolehi dan boleh dipastikan dengan melihat banner di pintu masuk Sekolah Menengah Bandar Seri Putra (SM-BSP).

Banner untuk pendaftaran Form 1&2 dah di pasang kat SM BSP. Pendaftaran buka dari 29 Dec to 31 Dec. Orientation day on 31 Dec. Insyaallah SM buka untuk seisi Jan 2011.

Khai@BSP

Thursday, December 16, 2010

Jangan bebankan ibu bapa bayaran tambahan tinggi - TPM

Jangan bebankan ibu bapa bayaran tambahan tinggi - TPM


KUALA LUMPUR 16 Dis. - Bayaran-bayaran tambahan persekolahan bagi sesi persekolahan baru 2011 hendaklah berdasarkan pada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian tidak mahu melihat para ibu bapa dibebankan dengan pembayaran-pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah kepada mereka.

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 2 Januari di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri-negeri lain akan bermula 3 Januari.

Namun, jika pihak sekolah berpendapat perlu sedikit sumbangan dari ibu bapa, maka ini boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen di sini.

Ini perlu dilakukan menerusi mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan persetujuan, katanya. - Bernama

Tuesday, December 14, 2010

SM BSP - Tingkatan 1 & 2 sahaja bagi 2011

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1838.msg62692#msg62692

Salam,

Kegusaran untuk penempatan anak saya ke tingkatan 1 baru terjawab sebentar tadi, setelah mendapat penjelasan dari pegawai PPD Hulu Langat.  Beliau menyatakan bahawa sekolah akan dibuka pada penggal permulaan 2011 akan datang. Hanya tingkatan 1 dan 2 sahaja akan ditempatkan di sekolah ini. 

Dan saya sempat meninjau dari tepi pagar, keadaan sekolah ini. Banyak yang dah siap, bangunan2 kelas dan bilik guru sudah siap dan boleh digunakan.  Jalan di sebelah taman seri putra dah ditar dan kerusi meja pula dah mula dibawa masuk ke dalam kelas.  Cuma makmal belum siap dan padang sekolah pun belum siap lagi, kerana tanah tapak padang sedang diratakan.

sbj_s5








Thursday, December 2, 2010

Senarai Buku SK-BSP 2011

Bagi ibubapa yang masih belum berkesempatan mendapatkan senarai buku, dikepilkan di sini.

Senarai Tahap 1 - Tahun 1, 2, 3

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1202.snc4/155485_474593430788_182228500788_5593841_2598452_n.jpg

Senarai Tahap 2 - Tahun 4, 5, 6

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs968.snc4/76118_474593480788_182228500788_5593842_6958211_n.jpg

Bagi yang inginkan dalam bentuk pdf, disini: Senaraibuku2011.pdf

Sumber: skbandarseriputra.blogspot.com