Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011

Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.

Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.

Sesi Pendaftaran 2011

Ibubapa sibuk mendaftarkan anak masing-masing memasuki Tahun 1 2011.

Hari Kecemerlangan 2010

Meraikan anak-anak cemerlang 2010

KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010

Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG

Friday, November 30, 2012

MALAM INI: FORUM PERDANA USTAZ DON & USTAZ HASRIZAL, 1 DIS 2012


Inline images 1

Assalamualaikum

 

Muslimin & Muslimat yang rahmati Allah.  ……  Jom ke Forum Perdana.

 

Program          : FORUM PERDANA MAAL HIJRAH 1434H

Tarikh              : 1 Disember 2012 (Sabtu)

Masa               : 9.00 malam

Tempat            : Surau As-Syakirin, Bandar Seri Putra, Bangi

Panel               : Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid & Ustaz Hasrizal bin Abd Jamil

Moderator      : Ustaz Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal (Imam Muda Aran)

Tajuk               : Kita BIna Rumah Allah di Dunia, Allah BIna Rumah Kita di Akhirat

 

MUSLIMIN & MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR.

Mohon diwar-warkan. TQ




Thursday, November 22, 2012

FORUM MAAL HIJRAH 1 DISEMBER (USTAZ DON, USTAZ HASRIZAL & IMAM MUDA ARAN)

Inline images 1

FORUM MAAL HIJRAH
BANDAR SERI PUTRA 1434H


KITA BINA RUMAH ALLAH DI DUNIA
ALLAH BINA RUMAH KITA DI SYURGA


Ahli Panel:
  • USTAZ DON DANIYAL
  • USTAZ HASRIZAL

Moderator:

  • IMAM MUDA ARAN

Inline images 2

Inline images 4
Inline images 3

Inline images 5



1 DISEMBER 2012
JAM 9.00 MALAM


Perkarangan Surau As-Syakirin, Bandar Seri Putra

Muslimin muslimat berdekatan dijemput  hadir beramai-ramai.

Tabung pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra akan diedarkan sepanjang program.
Muslimin-muslimat diharap dapat menderma untuk pembinaan Masjid Al-Mustaqim.


Aturcara:
6.30 petang - Ketibaan Para Tetamu
7.01 malam - Azam Maghrib & Solat Maghrib Berjemaah
7.15 malam - Solat Hajat
7.30 malam - Jamuan Makan Malam / Persembahan Marhaban Surau As-Syakirin
8.15 malam - Azan Isyak & Solat Isyak Berjemaah
9.00 malam - Ucapan Alu-aluan & Majlis Perasmian
9.30 malam - Majlis Forum Perdana Maal Hijrah 1434H
11.30 malam - Majlis Selesai


Anjuran:

Dengan Kerjasama:
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Surau-surau seluruh BSP dan Taman Impian Putra


Terkini Kutipan Pembinaan Masjid Al-Mustaqim (September 2012)

RM2,907,382.98


Derma bagi Tabung Pembinaan Masjid Al Mustaqim, Bandar Seri Putra juga boleh disalurkan ke dalam 4 akaun seperti tertera di bawah:

Maybank Islamic : 5628 3450 4024
CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08
Bank Islam (BIMB): 1202 9010 0595 85
Bank Simpanan Nasional (BSN): 1016 041 0000 98234


Cek boleh ditulis kepada Masjid Al-Mustaqim

Setiap derma akan mendapat pengecualian cukai.

Kaunter derma (serta tabung) akan dibuka semasa forum perdana.
Tuan-puan boleh mendapatkan resit pengecualian cukai dikaunter ini nanti.

JEMPUT SEMUA DATANG BERAMAI-RAMAI

Wednesday, November 21, 2012

Re: PERMOHONAN MASUK KE ASRAMA YAYASAN SELANGOR

Dipanjangkan drp Yayasan Selangor.

Yayasan Selangor membuka permohonan kemasukan pelajar Tingkatan 1 Tahun 2013 di bawah Rancangan Khas Pendidikan KPM dengan Yayasan Selangor.
Dibuka kepada pelajar yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Borang boleh didapati dari sekolah kebangsaan atau muat turun dari laman web Yayasan Selangor
(www.yayasanselangor.org.my)

Pemohon diminta membawa borang ke lokasi seperti dalam lampiran borang untuk pemilihan. Untuk makluman lanjut , hubungi Bhg Hal Ehwl Pelajar di talian 03-79551212 samb. 211/214/177/150.

Sekian untuk makluman. Terima kasih

ZUBIDAH ANUAR
PK HEM
SK BDR SERI PUTRA

Wednesday, November 14, 2012

Program Kembara Remaja Anjuran Surau Seri Dahlia

Inline images 1

PROGRAM KEMBARA REMAJA

24—25 November 2012 (2 hari 1 malam)

Surau Seri Dahlia

Yuran : RM 35 sahaja

Peserta : 11—17 tahun (Lelaki & Perempuan)

Antara Aktiviti :
- Tayangan Video
- Explorace
- Slot2 & Aktiviti Berkumpulan
- Qiamullail
- Majlis Penutup & Penyampaian hadiah

JOM SERTAI KAMI !!

Maklumat lanjut:
1. Sdr Musa : 014-2341139
2. Pn Harina : 019-601 3409
3. Pn Haslina : 012-361 4703

"MINDA CEMERLANG, REMAJA GEMILANG "

Poster dalam bentuk PDF: https://docs.google.com/open?id=0B6bFqkxsXtWnc05ZYklXWWVCaDQ

Sunday, November 4, 2012

Salam Takziah: Mantan GB SK Bangi Meninggal Dunia

Salam Takziah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang mengenali Mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bangi, Puan Zakiah Idris. Adalah dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia pada hari  ini Ahad 04/11/2012 jam 06.50 petang di wad ICU Hospital Seremban setelah dimasukkan sejak lebih seminggu yang lepas akibat kemalangan jalan raya di Mantin.

Semuga Roh Allahyarhamah diletakkan disisi golongan orang-orang beriman.

AL-FATIHAH.

Azizuddin Zailan