Perkhemahan Unit Beruniform SKBSP 27-28 May 2011
Keseronokan memasak bersama rakan semasa perkemahan unit beruniform baru-baru ini
Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah
Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka). Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya. Keduanya, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan.
Jawatankuasa PIBG SK-BSP 2011/2012
Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012 mengambil tempat dihadapan semasa mesyuarat agong 2011.
KEJOHANAN BADMINTON PIBG SK-BSP 2010
Kejohanan julung kali diadakan oleh PIBG bagi merapatkan ukhuwah antara ibubapa, guru dan AJK PIBG
Tuesday, September 25, 2012
SKBSP: PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 : Peperiksaan akhir tahun ini melibatkan semua murid termasuk tahun 1 dan 2 bagi subjek KSSR. Tahun 1 & 2 ( 7 subjek ), tahun 3/4/5 (10 subjek ), tahun 6 (6 subjek elektif sahaja) Tarikh : 12/10 hingga 18/10. Semoga ibu bapa dan murid-murid bersedia bagi menentukan kedudukan kelas anak-anak di tahun 2013 Sumber: https://www.facebook.com/skbandarseriputra/posts/10151173057260789?ref=notif¬if_t=feed_comment ...
Kenyataan PIBG SKBSP: Berkenaan isu "Guru Menggigit Pelajar"
Kenyataan PIBG SKBSP: Berkenaan isu "Guru Menggigit Pelajar" yang tertera di akhbar Harian Metro baru-baru ini, YDP PIBG Tn. Haji Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd. Rejab, memaklumkan bahawa kes ini sedang dalam perhatian pihak Polis dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. YDP juga telah mengadakan perbincangan dengan waris pelajar, pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Oleh itu, mohon tidak membuat sebarang spekulasi dan diharap doakan penyelesaian terbaik dapat dicapai. -PAKSI-...
Saturday, September 22, 2012
Hari Ini 23 September Majlis Ramah Mesra BSP

Hari ditunggu kini menjelang, Anak-anak berlari dengan riang, Persediaan Ramah Mesra berjalan cemerlang, Menanti tetamu datang girang. LCT TV flat screen hadiah utama, Disamping hamper yang juga disedia, Silakan tuan-puan warga Bandar Seri Putra, Menjamu selera bergaul mesra. Shawal datang, Shawal pergi,Bahang suasana masih dirasai,23 September hari ini,Jom ke padang SP5 bersama famili. http://ppbsp.blogspot.com/2012/09/esok-majlis-ramah-mesra-bsp-2012.html ...
Friday, September 21, 2012
ESOK: Majlis Ramah Mesra BSP 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BANDAR SERI PUTRA 2012 Dengan sukacitanya dijemput semua warga Bandar Seri Putra untuk berkunjung dan meraikan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 yang akan diadakan pada hari Ahad, 23 September 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Padang Permainan SP5. Antara acara yang disediakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah :-Jamuan Makan Jamuan makanan, buahan dan minuman disediakan bagi semua pengunjung...
Thursday, September 20, 2012
MAJLIS RAMAH MESRA BANDAR SERI PUTRA 2012

Dengan sukacitanya dijemput semua warga Bandar Seri Putra untuk berkunjung dan meraikan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 yang akan diadakan pada hari Ahad, 23 September 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Padang Permainan SP5. Antara acara yang disediakan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah :- Jamuan Makan Jamuan makanan, buahan dan minuman disediakan bagi semua pengunjung dan tetamu. Kepada mereka yang sama ingin menyumbang, bolehlah...