Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013 (HKBSP'13) merangkumkan tiga acara utama Kayuhan Amal, acara sukaneka (SUKANEKA BSP 2013) dan pertandingan mewarna. Antara lain hari keluarga ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk Bandar Seri Putra (serta kawasan sekitarnya) serta bertujuan memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat Bandar Seri Putra yang kini dianggarkan berjumlah lebih kurang 30,000 orang.
Kayuhan Amal mengajak penduduk agar mengamalkan budaya sihat dengan berbasikal daripada lokasi utama ke semua surau di Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra. Program ini adalah juga serampang dua mata yang bertujuan untuk menambahkan kutipan pembinaan
Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra yang
masih memerlukan sejumlah RM4.5 juta.
Manakala, program
sukaneka cuba membawa penduduk untuk kembali ke sekolah mengimbau kembali zaman persekolahan. Pelbagai acara sukaneka yang pernah dimainkan semasa zaman persekolahan akan disenaraikan dan dimainkan oleh peserta dewasa. Disamping itu kategori remaja dan kanak-kanak akan juga dimuatkan.
Acara sampingan seperti
pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika dan cabutan bertuah akan turut diselitkan.
TARIKH:
16 MAC 2013 (SABTU) MASA:
7.00 pagi - 1.30 petangTEMA DAN TEMPATKAYUHAN AMALTEMA : "BERKAYUH MENYUSURI SUNNAH RASULULLAH"
TEMPAT : BERMULA DI SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRABSP) DAN BEKAYUH KE SURAU-SURAU SEKITAR BANDAR SERI PUTRA DAN TAMAN IMPIAN PUTRA
SUKANEKA & MEWARNATEMA : "KEMBALI KE SEKOLAH"
TEMPAT : SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRABSP)