Saturday, August 14, 2010

Perkara dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 4 Ogos 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hasil perbincangan mesyuarat jawatankuasa PIBG 4 Ogos lalu, berikut beberapa perkara yang telah diketengahkan:

  1. 16 September 2010 - Solat Hajat Perdana.
  2. 24 Oktober 2010 - Hari Kantin SK-BSP. Sumbangan dan sokongan ibubapa sangat diharapkan untuk menjayakan program ini. Makluman Hari Kantin akan diwar-warkan dari masa ke semasa.
  3. 31 Oktober 2010 - Kejohanan Badminton PIBG 2010. Tema, "Bersukan sambil menderma untuk tabung PIBG".
  4. Isu berkaitan penempatan Tahun 1 2011. Sekolah tiada kuasa menentukannya, semuanya terletak di tangan PPD. Sebarang masalah perlu dirujuk terus kepada Penyelia Bahagian Sekolah Rendah En. Mohammad Fadzli Abu Bakar ditalian 03-87381100. Mesyuarat juga bersetuju agar PIBG menulis surat meminta penjelasan kriteria penempatan dan seterusnya memohon di adakan perjumpaan antara PPD, PIBG dan ibubapa.
  5. Terdapat segelintir ibubapa yang masih belum menjelaskan yuran pelbagai sebanyak RM37.50.
  6. Sekolah Menengah Bandar Seri Putra dijangka siap hujung tahun ini dan murid Tahun 6 akan ditempatkan di sana tahun hadapan.
  7. Susur gajah akan dibina dalam masa terdekat kerana telah mendapat kelulusan pihak atasan.
  8. Berkenaan kedai buku yang tidak memulangkan baki kepada pelajar, sekolah akan memantau dan mangambil tindakan.
Sekian. Harap maklum.

===============

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi pihak PIBG SK-BSP


0 comments: