Thursday, January 27, 2011

Maklumat Selepas Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SK-BSP 26 Jan 2011

Mesyuarat jawatankuasa PIBG SK-BSP telah mengadakan mesyuarat pada 26 Januari lepas.

Berikut adalah beberapa perkara yang telah diketengahkan:

  • Program Jalinan Kasih telah diadakan. Ianya khusus untuk ibubapa dan murid Tahun 6. 30 program atau aktiviti telah dipersetujui dengan sumbagan RM210 (setahun)  oleh ibubapa Tahun 6 telah dipersetujui.
  • Takwim sekolah setahun boleh diperolehi di kalendar SK-BSP (maaf masih sempat muat naik semua aktiviti). Terima kasih kepada Guru Besar.
  • Sesi Dialog PIBG bersama Ibubapa akan diadakan pada 12 Februari 2011, jam 8.00 pagi.
  • Kaunter bayaran yuran dan tabung derma kilat akan diadakan semasa Sesi Dialog PIBG bersama Ibubapa itu nanti.
  • Hari Kantin akan diadakan pada 19 atau 20 Februari. Maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti.
  • Persefahaman bersama antara SK dan SRA akan diteruskan bagi ada keseragaman untuk tahun 2011 ini.
  • Kedai buku sekolah yang lewat perkhidmatannya. Perbincagan dengan pengusaha kedai buku akan diadakan.
  • Pembayaran yuran secara dalam talian telah dipersetuju dan akan dilaksanakan.
  • Susur gajah (diluar sekolah) sedang diusahakan oleh pihak Bangi Height.
  • PIBG bersetuju membuat 'zebra crossing' menggunakan dana PIBG.
  • Buletin PIBG akan diterbitkan semula secara berkala.
  • Pelbagai isu berkenaan kantin sekolah telah dibincangkan. PIBG akan mengutus surat kepada pengendali kantin. Perbincangan dan dialog akan dibuat bersama pengendali kantin. Tender kantin akan disemak untuk mendapatkan senarai harga makanan. Pengendali akan juga dijemput untuk sesi dialaog yang akan diadakan nanti.
  • Tution bagi Tahun 1-5 akan diadakan disekolah bagi ibubapa yang berminat. Ianya akan dikendalikan oleh guru SK-BSP.
  • Majlis korban peringkat sekolah akan diadakan pada hari ke-3 Aidiladha. RM380 sebahagian bagi mereka yang berminat untuk turut serta.
  • PIBG bersetuju menyediakan air minuman percuma melalui pembelian 3 unit penapis air yang akan diletakkan sekitar sekolah.
  • PIBG ingin memungut suara berkenaan penyediaan locker bagi mengurangkan beban anak-anak membawa beg berat setiap hari ke sekolah.
  • Pagar kedua telah disediakan untuk murid-murid kelas khas sahaja.
  • Railing tangga tingkat 3 yang tercabut telah diletak pita amaran dan kerja pembaikan akan dibuat dalam masa terdekat.
  • No telefon guru kelas anak-anak boleh diperolehi dengan berjumpa dengan guru tersebut. PIBG menyarankan ibubapa menggunakan SMS bagi mengelakkan guru diganggu sewaktu sesi pembelajaran atau selepas waktu kerja. Hanya jika betul-betul perlu sahaja, panggilah kepada guru digalakkan.
  • PIBG menyarankan ibubapa kurang kemampuan dapat tampil kehadapan untuk diberi bantuan oleh PIBG.

Bagi Pihak PAKSI

0 comments: