Wednesday, February 23, 2011

SK-BSP: Bacaan Yassin dan Maulidurrasul



Insya-Allah majlis bacaan yassin akan diadakan malam ini (Khamis 24/2/2011 waktu maghrib) di sekolah sebagai sebahagian aktiviti bagi persediaan anak-anak Tahun 6 menghadapi UPSR. Bagi ibubapa dan anak-anak yang berkelapangan, boleh turut serta. Tempatnya di sekolah.



Manakala, esoknya, Jumaat 25/2/2011 bermula 8 pagi akan diadakan majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. Ianya akan bermula mulai 8 pagi dengan perbagai aktiviti. Antaranya acara perarakan yang akan menyaksikan anak-anak kita berarak memakai pakaian yang menarik. Ibubapa yang berkelapangan boleh juga turut hadir memberikan sokongan. Cadangan saya agar dapat melambai atau membunyikan hon tanda sokongan jika melewati kumpulan pelajar ini.

0 comments: