Wednesday, April 27, 2011

Jalan masuk ke Acasia bukan untuk meletak kenderaan

Sebagai menghormati jiran kita, diharap ibubapa dapatlah mematuhi permintaan oleh penduduk Acasia. Ini supaya tidak menganggu perjalanan mereka masuk dan keluar dari taman mereka.

Kepada ibubapa yang sepatutnya telah sedia maklum bahawa satu-satunya jalan masuk/utama ke Taman Acasia bukanlah tempat meletakkan kenderaan untuk menunggu anak-anak pulang ke sekolah terutama waktu tengahari dan waktu petang. Untuk memastikan ianya dipatuhi, kami Persatuan Penduduk Taman Acasia telahpun meletakkan kon-kon untuk untuk menghalang daripada meletakkan kenderaaan di tempat berkenaan. Harap Maklum- Pengerusi Taman Acasia

0 comments: