Saturday, November 27, 2010

32 Pelajar 5A, Sekolah Menengah belum siap.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs478.ash2/75157_467316405788_182228500788_5488884_6370915_n.jpg

19 November 2010, Bandar Seri Putra
. Bagi 32 orang pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP), Majlis Kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah Jumaat lalu (19 November 2010) sangat bermakna buat mereka. Mereka telah mencatat sejarah sebagai pelajar sulung menduduki peperiksaan UPSR di SK-BSP dan seterusnya meletakkan aras yang tinggi tahun mendatang bagi mencapai jumlah pelajar 5A. Ini adalah 32 orang pelajar yang telah mencapai keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Mereka telah dianugerahkan dengan pelbagai hadiah daripada sekolah, PIBG dan pemaju Bangi Height Development Sdn Bhd.

Bagaimanapun, bukan hanya mereka sahaja yang diraikan dalam Majlis Kecemerlangan yang pertama kali diadakan ini. Bahkan, pelajar-pelajar cemerlang lain turut diberi pengiktirafan oleh sekolah. Semua pelajar yang mencapai tahap cemerlang dalam aliran masing-masing telah diraikan dengan kehadiran ibubapa masing-masing.

Dalam ucapan Naib Yang Di Pertua PIBG, Ustaz Farid Ravi Abdullah, mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang diraikan terutama kepada kelompok pertama pelajar 5A SK-BSP. Menurut beliau, pencapaian ini hanyalah permulaan kepada pencapaian akan datang. Beliau menyeru guru-guru dan ibubapa terus bekerjasama bagi memastikan sekolah terus berada pada tahap yang cemerlang. Disamping itu beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru tahun 6 yang telah berusaha keras sepanjang tahun ini. Hampir setiap minggu ada sahaja aktiviti tahun 6 yang dijalankan seperti kelas tambahan, motivasi, bacaan yasin dan sebagainya. Jelas, penat lelah guru-guru tahun 6 dan juga pentadbir sekolah telah membuahkan hasil. Usaha ini perlu diteruskan.

Walaubagaimanapun, beliau sedikit kecewa kerana kerana Sekolah Menengah Bandar Seri Putra (SM-BSP) sepatutnya menampung pelajar-pelajar tahun 6 SK-BSP untuk tahun depan masih belum siap. Statusnya juga masih samar dan ibubapa telah melahirkan kebimbangan kerana ketidak pastian ini. Manakala, sebuah sekolah kebangsaan patut juga didirikan kerana jumlah pelajar tahun satu tahun hadapan adalah melebihi kapasiti yang boleh ditampung oleh sekolah. Sebagai makluman, untuk pelajar tahun satu yang telah diterima sekitar 5xx orang dengan jumlah kelas sekitar 12-14 kelas akan dibuka.

Majlis juga diselitkan dengan persembahan tarian dan koir oleh pelajar-pelajar SK-BSP. Majlis tamat sekitar jam 11.30 pagi.

-PAKSI-

0 comments: