Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Konfliksekolah_ibubapadanPIBG/Article
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my
KONGSI...penubuhan PIBG memberi peluang kepada ahli untuk menangani sesuatu isu.
DEWASA ini pembabitan ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak agak mengecewakan kerana hanya mengharap?kan bantuan sekolah dan guru bagi merencanakan kecemerlangan pelajar.
Sebahagian besar ibu bapa bersikap lepas tangan dan menggunakan alasan sibuk setiap kali ada aktiviti membabitkan pendidikan anak mereka di sekolah.
Bagaimanapun, mereka marah dan melenting jika anak tidak mendapat keputusan cemerlang atau terbabit dalam masalah sosial.
Akibatnya, masing-masing menyalahkan antara satu sama lain, malah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut menerima tempias.
Apakah hubungan tidak harmoni ini menggambarkan kepincangan perhubungan antara masyarakat luar dengan institusi pendidikan serta PIBG?
Pengerusi PIBG SMK Datuk Syed Omar, Alor Setar, Kedah, Fuad Razali, berkata sikap ibu bapa sentiasa lepas tangan dalam mengelolakan pendidikan anak menyebabkan wujud konflik.
Beliau berkata, memang sekolah sebagai institusi untuk semua, tetapi ia turut memerlukan sokongan pihak lain termasuk ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan pendidikan.
"Malangnya ini tidak berlaku kerana kebanyakan ibu bapa lepas tangan dan enggan memikul tanggung jawab bersama.
"Sikap ini akan merosak dan membantutkan usaha merencanakan kecemerlangan pelajar pada masa depan.
"Ia juga tidak adil kerana hanya satu pihak bertungkus-lumus merealisasikan misi kecemerlangan sedangkan yang lain bersenang lenang dan gemar 'mengarah.'
"Perbalahan tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menyebabkan keadaan lebih kusut," katanya.
Katanya, dalam kemelut sekolah dan ibu bapa, PIBG sepatutnya memainkan peranan sebagai orang tengah, tetapi keberkesanan fungsi persatuan itu kurang menyerlah kerana ibu bapa tiada prihatin.
"Ibu bapa menganggap PIBG persatuan 'tempelan' yang mempunyai fungsi terhad.
"Tanggapan salah merosakkan nama PIBG sebagai sebuah persatuan paling penting di sekolah.
"Fungsi PIBG menyeluruh, tetapi bukan bermaksud mencampuri urusan pentadbiran sebaliknya bersikap proaktif bagi melancarkan urusan ibu bapa, pelajar, guru dan sekolah," katanya.
Tafsiran kurang tepat PIBG turut mencetuskan konflik dingin antara ibu bapa, pelajar serta guru hingga menerbit rasa tidak puas hati antara satu sama lain.
Ada ibu bapa langsung tidak memberi sokongan apabila diadakan perjumpaan, tetapi menuding jari jika timbul masalah.
"Ada pula asyik membangkang meskipun program bakal diadakan memberi kebaikan kepada pelajar.
"Inilah dilema PIBG dan sekolah sehingga membantut segala perancangan untuk kebaikan pelajar dan sekolah.
"Apabila tiada hubungan baik, pelajar menjadi mangsa manakala guru sukar berkomunikasi atau berkongsi pendapat mengenai pencapaian anak.
"Bukankah ini satu kerugian," katanya yang mengakui sikap culas sebahagian besar ibu bapa menimbulkan rasa rendah diri terhadap pelajar.
Menurutnya, apabila timbul konflik, PIBG boleh bertindak sebagai orang tengah, tetapi ibu bapa jarang memberi sokongan.
"Saya berharap ibu bapa lebih proaktif dalam PIBG supaya penyebaran maklumat mengenai perkembangan diri pelajar boleh dikongsi," katanya.
Presiden Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Datuk Azam Md Atan, berkata fenomena PIBG tidak mendapat sambutan bukan luar biasa bukan perkara baru.
Beliau berkata, meskipun sekolah melakukan pelbagai cara, sikap ibu bapa yang kurang mengendahkan kepentingan peranan PIBG menyebabkan persatuan itu terpinggir.
"Fenomena ini melanda kebanyakan sekolah. Meskipun pelbagai cara dilaksanakan, sikap ibu bapa menggagalkan usaha berkenaan.
"Lebih mengecewakan ada ibu bapa membuat tuduhan liar PIBG hanya tahu meminta derma sehingga menjejaskan hubungan semua pihak," katanya.
Beliau yang juga pengetua SM Sains Rembau, Negeri Sembilan yakin masih ada solusi merapatkan hubungan sedia ada, antaranya sekolah perlu aktif menganjurkan pelbagai acara.
"PIBG, sekolah dan ibu bapa perlu menyokong antara satu sama lain demi kebaikan pelajar. Mereka aset paling bernilai untuk negara," katanya.
Bagi kartunis, Anuar Hassan atau Sireh, dia menyokong sebarang usul dibentangkan PIBG di sekolah anaknya di SK USJ 21, Subang Jaya, asalkan membawa kebaikan.
"Tidak benar ibu bapa kurang beri sokongan, mungkin mereka ada komitmen yang tidak dapat dielakkan. Apapun, kami tidak lepas tangan.
"Sebagai ibu bapa di zaman moden ini, kami lebih terbuka dan sedia berkongsi mengenai perkembangan anak-anak di ?sekolah asalkan waktunya sesuai dan mendapat informasi awal.
"Jangan salahkan ibu bapa semata-mata kerana ia tidak menyelesaikan masalah sebaliknya membuatkan keadaan lebih kalut," katanya.
INFO
Antara fungsi utama PIBG sekolah adalah:
# Memastikan kemajuan dan perkembangan serta menjaga kebajikan murid terjaga dengan baik.
# Membantu dalam meningkatkan komunikasi dan kemesraan antara sekolah dan masyarakat.
# Membantu mencari dana atau menambah sumber kewangan sekolah.
# Membantu mewujud?kan suasana kondusif di sekolah serta murid.
# Jawatankuasa PIBG menetapkan bilangan ibu bapa dan guru perlu seimbang manakala guru besar atau pengetua tidak boleh menganggotainya dan hanya bertindak ?sebagai penasihat persatuan.
Alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016
-
[image: Inline images 1]
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016.
Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan.
Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Lj...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment