Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Monday, September 26, 2011

Hari Kantin SK-BSP 2011 Sukses, Tanda Sokongan Semua

Bagi pihak PIBG, pertama-tamanya kami amat terharu dan bangga dengan semua guru-guru, ibubapa, anak-anak dan juga semua yang hadir memeriahkan Hari Kantin SKKBSP 2011 semalam. TERIMA KASIH kepada semua.Keduanya, bagi pihak penganjur, kami ingin MEMOHON MAAF kepada mana-mana pihak jika ada sebarang kekurangan atau salah silap daripada mana-mana individu yang bersama-sama menjayakan acara itu semalam. Seterusnya, masih awal untuk diumumkan hasil kutipan kerana semua pihak masih keletihan...

Saturday, September 24, 2011

Gambar: Hari Kantin SK-BSP 2011

Saya kongsikan gambar Hari Kantin SKBSP tadi.Selebihnya di sini:https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150327956695789.361738.182228500788&type=1 ...

Makluman Awal Penampilan Khas: Hari Kantin SK-BSP 2011

Seperti yang di war-warkan, beberapa penampilan khas akan datang memeriahkan majlis.Setakat malam tadi (setelah dimaklumkan oleh pengarah program), penampilan khas kita iaitu saudara Amar, Imam Muda Asyraf dan kumpulan Far East akan membuat persembahan antara jam 9 pagi hingga 11 pagi. Pastikan anda datang sekitar jam tersebut untuk mengelakkan kekecewaan. Sehingga tengah malam ini, apa yang dimaklumkan adalah seperti berikut:0800 - Hari Kantin Bermula0830 - Upacara Perasmian --> Dewan 0900 - Penampilan (Amar) --> Dewan1000 - Penampilan (Far East) --> Dewan1100 - Penampilan (Imam Muda...

Sedutan Malam Persediaan: Hari Kantin SK-BSP 2011

Sedutan malam persediaan hari kantin."Puan-puan kena pastikan ada pelan B. Kalau makanan tak cukup, kita jual orang pula", kata pengarah program sambil berseloroh. Kena tambah lagi ayam ni. Satu Malaysia nak datang esok Sempat lagi bagi ceramah!Beginilah keadaannya apabila guru-guru dan ibubapa bekerjasama membanting tulang untuk Hari Kantin esok. Harapannya, usaha yang sedikit ini mendapat restu Illahi dan diberi pulangan yang baik hendaknya. Amin....

HARI INI: Hari Kantin SK-BSP 2011

HARI INI. HARI INI. HARI INI.25 September 2011 8 pagi hingga 2 petang. HARI KANTIN SKBSP 2011p/s: Insya-Allah kalau sempat esok, saya akan update melalui FB apa-apa berkaitan Hari Kantin.https://www.facebook.com/skbandarseriputra Jika ada mana-mana pihak ingin menyumbang terus untuk pembinaan susur gajah di SKBSP, boleh menghubungi Mejar Qayyum di talian019.3716.910[/quote] ...

Friday, September 23, 2011

ESOK: Hari Kantin SK-BSP 2011

ESOK25 September 2011 8 pagi hingga 2 petang.HARI KANTIN SKBSP 2011 p/s: Insya-Allah kalau sempat esok, saya akan update melalui FB apa-apa berkaitan Hari Kantin.https://www.facebook.com/skbandarseriputra Jika ada mana-mana pihak ingin menyumbang terus untuk pembinaan susur gajah di SKBSP, boleh menghubungi Mejar Qayyum di talian019.3716.910 ~~~~~~~~~Khaiatbsp...

Thursday, September 22, 2011

2 Hari Lagi: Hari Kantin SK-BSP 2011

2 hari lagi. Antara yang akan memeriahkan adalah Imam Muda Asyraf, Kumpulan Nasyid Far East dan Amar (artis dan ahli silap mata). Marilah ramai-ramai hadir pada 25 September 2011 bermula jan 8 pagi hingga 2 petang. HARI KANTIN SKBSP 2011....

Wednesday, September 21, 2011

Poster: Hari Kantin SK-BSP 2011

Antara yang akan memeriahkan adalah Imam Muda Asyraf, Kumpulan Nasyid Far East dan Amar (artis dan ahli silap mata). Marilah ramai-ramai hadir pada 25 September 2011 bermula jan 8 pagi hingga 2 petang. HARI KANTIN SKBSP 2011....

Monday, September 19, 2011

Fakta: Hari Kantin SK-BSP 2011

1. Hari Kantin digerakkan oleh PIBG SK-BSP bagi membantu meningkatkan infrastruktur sekolah. 2. Antara yang menjadi objektif utama Hari Kantin ini adalah untuk mengumpul dana bagi membina 'Gajah Menyusur' antara bangunan di sekolah. 3. Ini kerana perkara ini menjadi masalah utama kepada anak-anak kita di sekolah terutamanya ketika hujan.4. Oleh kerana kos penyediaan 'Gajah Menyusur' ini tinggi dianggarkan sekitar RM50,000, maka salah satu cara mengumpul dana adalah dengan mengadakan Hari Kantin....

Thursday, September 15, 2011

Sinergi Keluarga Bahagia

Sudah berkahwin? Belum berkahwin? atau akan berkahwin..Kami hadir bersama anda merealisasikan impian keluarga bahagia..Kali ini bersama Ustaz Hasrizal, Wardina Safiyyah dan Tuan Fazrul Ismail. Nantikan kami di Oktober.Maklumat lanjut layari https://www.facebook.com/profile.php?id=100002910140996&sk=wall...

Tuesday, September 13, 2011

Sedikit Pencerahan: Hari Kantin SK-BSP 2011 (25 September / Ahad)

Terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan sehingga setakat ini.Sedikit pencerahan di sini.1. Kupon yang dijual (yang anak PMB kata bayaran Hari Kantin) itu adalah sebagai matawang untuk pembelian barangan semasa Hari Kantin nanti. Maknanya, nilai barangan yang boleh dibeli pada hari kejadian adalah RM10. 2. Sumbangan bahan mentah yang diminta adalah untuk penyediaan makanan yang akan dijual. Ibubapa sebenarnya tidak dipaksa untuk menyumbang (kalau tengah kering) tetapi jika ingin menyumbang,...

Surat Rasmi Hari Kantin SK-BSP 2011

Dikepilkan surat rasmi Hari Kantin SK-BSP.Antara objektifnya adalah untuk mendapatkan dana bagi pembinaan susur gajah antara bangunan sekolah dan juga ke kawasan menunggu dihadapan sekolah. Harap dapat sokongan deripada semua ibubapa dan penduduk setempat.Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan MEJAR MOHAMMAD QAYYUM BIN A. BADARUDDIN 019-3716910 ...

Monday, September 12, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR Esok

Selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua anak-anak Tahun 6 SK Bandar Seri Putra. Moga semua yang telah diusahakan dapat balasan yang baik daripada Allah.  -PIBG SK-BSP-...

Thursday, September 8, 2011

Maklumat Terkini SK-BSP selepas Mesyuarat 7 September 2011

Berikut adalah makluman selepas JK PIBG SK-BSP bermesyuarat semalam 7 Sept 2011.- YDP mengalu-alukan kehadiran Guru Besar baru iaitu Cikgu Mohamad Jamil Bin Hj. Yahya yang bertukar sekolah dengan Hjh. Normah Binti Kassim. Hjh. Normah kini bertugas di SK Bandar Tun Hussein Onn 2. Ucapan Guru Besar- 13 - 15 September 2011 - UPSR- Solat hajat sempena UPSR akan diadakan di Surau As-Syakirin malam ini (8 Sept 2011) - 19 - 21 Sept  2011- Sekolah menjadi tuan rumah Perkemahan Rukun Negara peringkat Hulu Langat- 17 - 20 Okt 2011 - Peperiksaan akhir tahun semua pelajar bagi menentukan kelas tahun...

Page 1 of 63123Next