1. Hari Kantin digerakkan oleh PIBG SK-BSP bagi membantu meningkatkan infrastruktur sekolah.
2. Antara yang menjadi objektif utama Hari Kantin ini adalah untuk mengumpul dana bagi membina 'Gajah Menyusur' antara bangunan di sekolah.
3. Ini kerana perkara ini menjadi masalah utama kepada anak-anak kita di sekolah terutamanya ketika hujan.
4. Oleh kerana kos penyediaan 'Gajah Menyusur' ini tinggi dianggarkan sekitar RM50,000, maka salah satu cara mengumpul dana adalah dengan mengadakan Hari Kantin.
5. Hari Kantin SK-BSP adalah kali pertama diadakan semenjak pembukaan sekolah.
6. Ianya dijalankan dengan sumbangan bahan mentah daripada ibubapa waris.
7. Seterusnya penjualan kupon kepada orang ramai khususnya penduduk setempat di Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Desa Mahkota, Taman Impian Putra, Bangi Lama dan tidak ketinggalan rakan-rakan pelajar kita di KUIS.
8. PIBG juga mengalu-alukan sumbangan terus pihak korporat atau individu bagi pembinaan 'Susur Gajah' yang dimaklumkan di atas.
9. PIBG dengan ini menjemput semua penduduk berdekatan SK-BSP agar dapat meramaikan Hari Kantin.
10. Disamping turut juga mewar-warkan Hari Kantin ini kepada sanak-saudara, jiran-jiran, kawan-kawan melalui apa sahaja cara penyampaian agar Hari Kantin ini dapat mencapai objektifnya.
HARI KANTIN SK-BSP 2011
25 SEPTEMBER 2011 (AHAD)
8.00 PAGI - 2.00 PETANG
25 SEPTEMBER 2011 (AHAD)
8.00 PAGI - 2.00 PETANG
Maklumat ini disediakan oleh PAKSI bagi Pihak PIBG SK-BSP
0 comments:
Post a Comment