Terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan sehingga setakat ini.
Sedikit pencerahan di sini.
1. Kupon yang dijual (yang anak PMB kata bayaran Hari Kantin) itu adalah sebagai matawang untuk pembelian barangan semasa Hari Kantin nanti. Maknanya, nilai barangan yang boleh dibeli pada hari kejadian adalah RM10.
2. Sumbangan bahan mentah yang diminta adalah untuk penyediaan makanan yang akan dijual. Ibubapa sebenarnya tidak dipaksa untuk menyumbang (kalau tengah kering) tetapi jika ingin menyumbang, boleh mengikut barangan yang diperuntukan untuk kelas anak masing-masing.
3. Sumbangan tunai juga diterima tetapi seeloknya dibuat segera agar barangan mentah itu dapat dibeli segera.
4. Sumbangan daripada mana-mana individu atau kumpulan (syarikat, badan berkanun, NGO dsb) juga dialu-alukan.
5. Hari Kantin bukan hanya dibuka kepada ibubapa dan warga SK-BSP tetapi juga untuk semua masyarakat Malaysia.
Diharap, objektif Hari Kantin ini akan tercapai bagi kemudahan anak-anak SK-BSP.
Terima kasih atas sokongan semua.
PAKSI, SK-BSP
Dikepilkan surat rasmi Hari Kantin SK-BSP.
Antara objektifnya adalah untuk mendapatkan dana bagi pembinaan susur gajah antara bangunan sekolah dan juga ke kawasan menunggu dihadapan sekolah.
Harap dapat sokongan deripada semua ibubapa dan penduduk setempat.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan
MEJAR MOHAMMAD QAYYUM BIN A. BADARUDDIN 019-3716910
0 comments:
Post a Comment