Thursday, January 19, 2012

Respon: Kempen 1 Murid 1 Buku.

Bagi pihak PIBG, saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha Puan. Sebagai makluman tambahan, insya-Allah kita juga akan/telah menerima buku-buku PTS hasil sumbangan bersama Ain Maisarah dan ibubapa/anak-anak yang membeli buku semasa lawatan Ain Maisarah baru-baru ini.

---------- Forwarded message ----------

Assalamualaikum,
Saya amat menyokong kempen ini. Ini menunjukkan komitmen pihak sekolah dan pihak yang terlibat untuk menjadikan pelajar Malaysia sebagai generasi suka membaca.
Untuk menunjukkan sokongan saya terhadap kempen ini, saya telah meletakkan sebuah kotak kosong di surau pejabat saya bertugas bagi memudahkan sesiapa yang berminat untuk menderma buku-buku yang bersesuaian.
Insyallah, saya akan serahkan kepada pihak sekolah dalam pertengahan bulan Feb, dan bulan-bulan yang seterusnya.

Wassalam.
Sunita Rahman

Posted by Sunita Rahman to SK Bandar Seri Putra at January 19, 2012 7:14 PM

0 comments: