Kempen 1 Murid 1 Buku
Bagi membentuk jenerasi ilmu, sempena pelancaran porgram Nilam 2012, semua murid dijemput untuk menyumbangkan satu atau lebih buku untuk menambah koleksi buku di pusat sumber SKBSP.
Selain itu, individu atau wakil korporat yang berminat boleh juga turut menyumbang bagi program ini.
Buku yang disumbangkan tidak kira BARU atau TERPAKAI.
Jika ingin menyumbangkan buku baru, sepanjang 3 hari (Selasa, Rabu dan Khamis) kaunter jualan buku PTS amnya dan buku tulisan Ain Maisarah khususnya boleh dijadikan sebagai satu medan ibubapa, individu atau korporat membeli-sambil-menyumbang terus ke pusat sumber sekolah.
Diharap kempen ini dapat sambutan daripada semua agar gedung ilmu sekolah diisi dengan pelbagai ilmu yang menjadi kepada warga SKBSP yang lebih berilmu.
Alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016
-
[image: Inline images 1]
Kata alu-aluan YDP SRABSP sesi 2014/2016.
Sokongan ibubapa dan guru semua sangat di alu-alukan.
Dalam bentuk PDF: http://goo.gl/Lj...
10 years ago
2 comments:
Assalamualaikum,
Saya amat menyokong kempen ini. Ini menunjukkan komitmen pihak sekolah dan pihak yang terlibat untuk menjadikan pelajar Malaysia sebagai generasi suka membaca.
Untuk menunjukkan sokongan saya terhadap kempen ini, saya telah meletakkan sebuah kotak kosong di surau pejabat saya bertugas bagi memudahkan sesiapa yang berminat untuk menderma buku-buku yang bersesuaian.
Insyallah, saya akan serahkan kepada pihak sekolah dalam pertengahan bulan Feb, dan bulan-bulan yang seterusnya.
Wassalam.
Sunita Rahman
Bagi pihak PIBG, saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha Puan. Sebagai makluman tambahan, insya-Allah kita juga akan/telah menerima buku-buku PTS hasil sumbangan bersama Ain Maisarah dan ibubapa/anak-anak yang membeli buku semasa lawatan Ain Maisarah baru-baru ini.
Post a Comment