Gambar Merentas Desa 2011

Anak-anak SK-BSP kegembiraan merentas desa.

Wednesday, July 28, 2010

Semakan status penempatan murid tahun 1 2011...

Thursday, July 29, 2010 Semakan status penempatan murid tahun 1 2011... Assalamualaikum, Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal bersekolah di tahun 1 sesi 2011. SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN PELAJAR TAHUN 1 NEGERI SELANGOR 2011 Sila layari laman web : http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/ Ibu bapa boleh menyemak dan mencetak keputusan Penempatan Tahun Satu 2011 mulai 16 Julai 2010. Sila laksanakan proses Pengesahan Penempatan di sekolah ditempatkan mulai 01 hingga 30 Ogos 2010 dengan...

Thursday, July 22, 2010

PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua

Assalamualaikum w.b.r & Salam Sejahtera, Syukur alhamdulillah kerana segala tugasan bagi perawatan kawasan SK telah dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut apa yang dirancang dan dihajatkan. Saya bagi pihak PIBG ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Darussyifa', pihak sekolah, guru-guru, murid-murid, ibu-bapa, wakil-wakil persatuan, pelajar-pelajar KUIS dan penduduk setempat jauh dan dekat yang telah sama-sama melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan seluruh murid SKBSP amnya dan anak-anak...

Wednesday, July 21, 2010

Rentetan Rawatan Sekolah - Siri ke-3 Malam ini

Terima kasih kepada yang hadir sama dalam proses pemulihan sekolah semalam (hari ke-2). Insya-Allah hari ini akan dilakukan bagi kali ke-3. Majlis akan bermula dengan azan Maghrib dan diteruskan dengan proses rawatan. Harap lebih ramai dapat turut serta untuk mempercepatkan proses yang menunjukkan yang kita bersatu hati untuk membantu sekolah dan seterusnya membantu anak-anak kita. -Dipetik daripada FB SK-BSP #avg_ls_inline_popup { position:absolute; z-index:9999; padding: 0px 0px; margin-left: 0px; margin-top: 0px; width: 240px; overflow: hidden; word-wrap: break-word; color:...

Tuesday, July 20, 2010

Rakaman visual Majlis Rawatan semalam

Dan banyak lagi di pautan ini: http://www.facebook.com/album.php?aid=191044&id=182228500788&ref=mf #avg_ls_inline_popup { position:absolute; z-index:9999; padding: 0px 0px; margin-left: 0px; margin-top: 0px; width: 240px; overflow: hidden; word-wrap: break-word; color: black; font-size: 10px; text-align: left; line-height: 13px...

Proses Rawatan diteruskan HARI INI dan ESOK

Alhamdulillah, proses rawatan semalam telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran yang baik dari ibubapa dan penduduk sekitar. Terima kasih diucapkan dari pihak PIBG. Juga terima kasih kepada semua penderma. Semoga tuan-tuan dimurahkan rezeki. Proses rawatan semalam perlu dilakukan 3 hari berturut-turut. Insya-Allah malam ini dan esok, akan diadakan di dewan seperti semalam. Tetapi ianya dijangkakan lebih singkat tanpa kehadiran wakil dari Darussyifa'. Majlis akan bermula dengan azan Maghrib dan diteruskan dengan proses rawatan. Kemudian akan solat Maghrib dan seterusnya bersurai. Harap...

Monday, July 19, 2010

Penduduk diminta bertenang

PIBG menerima pelbagai maklumat sama ada daripada dalam talian, sms atau dari mulut ke mulut. Pelbagai maklumat dan amalan yang disebarkan. Juga diminta jangan keluar rumah. Perkara ini TIDAK BETUL dan tidak pernah dibncangkan dalam mesyuarat. TIDAK ada amalan meletakkan garam dan lada hitam dipintu. TIADA larangan keluar rumah untuk lakukan aktiviti harian. Di sini, PIBG ingin memaklumkan bahawa rawatan yang akan di adakan adalah proses biasa dilakukan dan penduduk tidak perlu panik. Aktiviti seharian boleh diteruskan tanpa sebarang sekatan. Minta jangan disebarkan maklumat yang tidak betul...

Marilah Beramai-ramai Hadir Majlis di SK-BSP MALAM INI

Assalammualaikum. Berkaitan dengan Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan malam ini, pihak PIBG telah diminta untuk menyediakan beberapa perkara oleh perawat (Darussyifa'). Berikut adalah perkara yang perlu disediakan: Air Mineral (20 karton) Garam (3 guni) Lada hitam (15kg) Badli dan gayung untuk agihkan barang di atas. Bagi meringankan kewangan PIBG, ibubapa yang ingin menyumbang, boleh juga memberi sumbangan dalam bentuk kewangan. Manakala, bagi keperluan baldi dan gayung, diharap ibubapa atau penduduk setempat dapat membawa baldi dan gayung rumah masing-masing. Sebaiknya badli dan gayung itu...

Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan di SK-BSP 7.00 MALAM INI

Assalammualaikum, Bagai pihak PIBG, kami ingin mengingatkan berkenaan Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan yang akan diadakan di SK-BSP malam ini. Berikut adalah aturcara malam ini: 7.00 malam - Ketibaan Solat MaghribTaklimat oleh Darussyifa'Solat Hajat Bacaan Yasin Zikir Solat Isya' Persediaan Rawatan Bersurai PIBG memohon komitmen ibubapa dan penduduk setempat untuk turut hadir bagi meramaikan majlis seterusnya membantu proses rawatan. =============== Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI) Bagi...

Wednesday, July 14, 2010

Perkara dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 6 Julai 2010

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Beberapa perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG (6 Julai 2010) baru-baru ini untuk perhatian semua. Akademik Hanya 6 daripada 228 pelajar Tahun 6 mendapat 5A dapa peperiksaan baru-baru ini. Ini amat membimbangkan sekolah. Bagaimanapun pelbagai usaha sedang dijalankan untuk menambah jumlah pelajar yang mendapat 5A. Kalendar aktiviti Tahun6 boleh diperolehi di blog sekolah. Ibubapa juga diminta memantau pembelajaran anak masing-masing. Peperiksaan UPSR akan diadakan 21 - 23 Septermber. Ujian bulanan akan dijalankan dalam bulan Ogos berkemungkinan...

Diskusi Penubuhan PAKSI, PIBG SK-BSP (15 Julai, 9.45 malam)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Persatuan Ibubapa dan Guru-guru  (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP) telah membentuk beberapa unit kecil dibawahnya. Salah satu unit yang telah ditubuhkan adalah Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI). Antara tugas PAKSI adalah mewujudkan komunikasi yang dinamik antara PIBG dengan sekolah; PIBG dengan ibubapa; PIBG dengan masyarakat; serta menyediakan saluran komunikasi yang baik kepada semua. Oleh itu pengurusan blog dan facebook telah diletakkan juga dibawah PAKSI. PAKSI ingin mengadakan perbincangan permulaan pada 15...

Taklimat Khas bagi "Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan", ESOK 15 Julai, 8.15 malam

Assalammualaikum. Bagi pihak sekolah dan PIBG, kami ingin menjemput wakil penduduk / warga BSP, BM dan TIP untuk turut hadir taklimat khas yang akan diadakan oleh PIBG Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP). Taklimat tersebut bertujuan untuk memaklumkan masyarakat serta membincangkan pelan tindakan "Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan" yang dianjurkan oleh sekolah dan PIBG pada 20 Julai 2010 (Selasa bermula solat Maghrib di sekolah). Berikut adalah perinciannya: Perkara: Taklimat Khas SK-BSP Tarikh: 15 Julai 2010 Masa: 8.15 malam Tempat: Bilik mesyuarat SK-BSP Tolong sebarkan...

Thursday, July 8, 2010

Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan di SK-BSP (20 Julai, Maghrib)

Assalammualaikum. Dengan hormatnya tuan/puan/Dato'/Datin dijemput hadir ke Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra untuk Majlis Bacaan Yassin bagi tujuan rawatan. Berikut adalah maklumat berkaitan majlis tersebut: Tajuk: Majlis Bacaan Yassin untuk Rawatan Tempat: Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra Masa: Solat Maghrib di surau sekolah Tarikh: 20 Julai 2010 Semua warga Putra-Mahkota (BSP, BM dan TIP) dijemput hadir dengan membawa sejadah sendiri. Manakala, bagi yang ingin menggunakan kaedah rawatan...

Sunday, July 4, 2010

Hari Ambil Buku Laporan SK-BSP dan SRA-BSP: 5 Julai (ESOK)

Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP) Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRA-BSP) Tarikh Ambil Buku Laporan bagi kedua-dua sekolah (SK-BSP dan SRA-BSP) yang sepatutnya diadakan pada tarikh lain tetapi telah ditunda kepada ESOK Isnin, 5 Julai bagi memudahkan ibubapa anak-anak yang bersekolah di kedua-dua sekolah ini. Majlis tersebut akan dijalankan mengikut sesi pembelajaran anak masing-masing. Berkaitan dengan itu, bagi pihak PIBG (SK-BSP dan SRA-BSP), kami berharap tuan-tuan dan...

Page 1 of 63123Next