Wednesday, July 14, 2010

Perkara dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 6 Julai 2010

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG (6 Julai 2010) baru-baru ini untuk perhatian semua.

Akademik

  • Hanya 6 daripada 228 pelajar Tahun 6 mendapat 5A dapa peperiksaan baru-baru ini. Ini amat membimbangkan sekolah. Bagaimanapun pelbagai usaha sedang dijalankan untuk menambah jumlah pelajar yang mendapat 5A. Kalendar aktiviti Tahun6 boleh diperolehi di blog sekolah. Ibubapa juga diminta memantau pembelajaran anak masing-masing.
  • Peperiksaan UPSR akan diadakan 21 - 23 Septermber.
  • Ujian bulanan akan dijalankan dalam bulan Ogos berkemungkinan dalam minggu ke-4. Ibubapa diminta memantau anak-anak mengulangkaji.
  • Ujian Linus telah dijalankan
  • Peperiksaan akhir tahun akan diadakan awal bulan November.
Sekolah
  • Program Sifar Dadah dijalankan selama seminggu (12 - 16 Julai)
  • Slip keputusan akan diberikan bersama buku prestasi pada masa akan datang supaya ibubapa boleh menyimpan keputusan anak masing-masing.
  • Isu penjaja di pintu sekolah sedang menunggu tindakan MPKj dan Ahli Majlis.
  • Takwin tahunan akan mula diedarkan kepada ibubapa tahun hadapan. Bagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan.
  • Diskusi antara sekolah dan sekolah agama akan diadakan dari masa ke semasa untuk memastikan keseragaman antara keduanya dan memudahkan ibubapa.
  • Sekolah telah mendapat lampu hijau untuk pembinaan susur gajah. Sedang menunggu tindakan lanjut kementerian.
  • Sekolah kebangsaan dan menengah akan dibina di Bukit Mahkota. Ini akan membantu mengurangkan kesesakan di sekolah.
PIBG
  • Majlis bacaan yassin untuk rawatan akan diadakan pada 20 Julai. Manakala taklimat berkenaan majlis tersebut akan diadakan pada 15 Julai.
  • Sumbangan kepada PIBG dalam apa sahaja bentuk sangat diperlukan PIBG. Sila hubungi PIBG untuk menyumbang.
  • Hari Kantin dijangkan diadakan pertengahan bulan Oktober untuk menambah dana sekolah dan PIBG.
  • PIBG akan mengadakan "Hari Graduasi" untuk pelajar Tahun 6 akan diadakan tahun ini seperti tahun lepas.
*Nota: Semua perancangan yang dimaklumkan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dan sebarang perubahan akan di maklumkan dari masa ke semasa.

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi pihak PIBG SK-BSP

0 comments: