Sunday, July 4, 2010

Hari Ambil Buku Laporan SK-BSP dan SRA-BSP: 5 Julai (ESOK)


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs236.snc3/22369_279468860788_182228500788_3294335_1664072_n.jpg

Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP)


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs053.ash2/36015_407275698862_179473523862_4501560_1590195_n.jpg

Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRA-BSP)


Tarikh Ambil Buku Laporan bagi kedua-dua sekolah (SK-BSP dan SRA-BSP) yang sepatutnya diadakan pada tarikh lain tetapi telah ditunda kepada ESOK Isnin, 5 Julai bagi memudahkan ibubapa anak-anak yang bersekolah di kedua-dua sekolah ini. Majlis tersebut akan dijalankan mengikut sesi pembelajaran anak masing-masing.

Berkaitan dengan itu, bagi pihak PIBG (SK-BSP dan SRA-BSP), kami berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat meletakkan kenderaan anda dengan teratur dan pastikan ianya tidak mengganggu kelancaran lalu-lintas dan juga tidak menghalang perjalanan orang lain terutama warga Putra Tropika dan Acacia yang terletak berhampiran SK-BSP.

Bagi yang duduk berdekatan, diharap dapat berjalan kaki sahaja. Manakala yang duduk sedikit jauh, diharap dapat berkongsi kereta untuk mengelak kesesakan. Jika keadaan terlalu sesak di kawasan berdekatan sekolah, diharap ibubapa dapat berkorban dengan meletakkan kenderaan jauh daripada sekolah.

Disamping itu, pihak PIBG juga berharap ibubapa dapat menjaga emosi masing-masing agar perkara tidak diingani berlaku. Serta dalam perbincangan dengan guru, diharap dapat juga melihat sekeliling. Sekiranya terdapat ramai ibubapa yang menunggu, diharap dapat menfokuskan perbincangan kepada isu anak masing-masing serta sebolehnya memendekkan perbincangan. Bagaimanapun, sebaliknya jika tiada ibubapa lain yang menunggu, gunakan kesempatan yang jarang diperolehi ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan anak, guru dan sekolah.

Ibubapa yang hadir juga diharap dapat menjaga barang milik mereka agar tiada kes kehilangan dompet, beg tangan dan sebagainya. Ini kerana dalam keadaan ramai sebegini, akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kelekaan kita.

Akhir kata, diharap ibubapa dapat menggunakan logik dan budibicara masing-masing agar majlis esok dapat berjalan dengan lanjar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selamat berdiskusi.

-Khai@BSP-

http://khaiatbsp.blogspot.com/

0 comments: