Wednesday, July 14, 2010

Diskusi Penubuhan PAKSI, PIBG SK-BSP (15 Julai, 9.45 malam)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Persatuan Ibubapa dan Guru-guru  (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SK-BSP) telah membentuk beberapa unit kecil dibawahnya. Salah satu unit yang telah ditubuhkan adalah Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI). Antara tugas PAKSI adalah mewujudkan komunikasi yang dinamik antara PIBG dengan sekolah; PIBG dengan ibubapa; PIBG dengan masyarakat; serta menyediakan saluran komunikasi yang baik kepada semua. Oleh itu pengurusan blog dan facebook telah diletakkan juga dibawah PAKSI.

PAKSI ingin mengadakan perbincangan permulaan pada 15 Julai ini sebaik selepas mesyuarat khas PIBG. Dijangka mesyuarat itu akan bermula sekitar pukul 9.45 malam di bilik mesyuarat sekolah. Secara terperincinya:

Perkara: Diskusi Penubuhan PAKSI
Tarikh: 15 Julai 2010
Masa: 9.45 malam (selepas mesyuarat khas PIBG)
Tempat: Bilik Mesyuarat SK-BSP
Hubungi: En Arzok 012-2195909 (Ketua PAKSI)

Sehubungan dengan itu ibubapa SK-BSP yang ingin menyumbang idea dan tenaga dijemput hadir untuk diskusi ini.

Sekian, harap maklum.

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi pihak PIBG SK-BSP

0 comments: